AbuAqil aka AbuSakeena
Dah lama tak update blog ini sampai dah naik sesawang. Sibuk
sangat. artikel ini sepatutnya di post 2 minggu yang lalu namun kesuntukan masa
dan tenaga tidak mampu melakukannya. Ditambah lagi bila bertamunya ramadan aktiviti online sangat terhad.
Bermula sejak seminggu sebelum raya diuji dengan kesibukan dan
ujian yang pelbagai. Pada 23 Jun 2014 saya bersama pelajar Maahad Tahfiz Sains
Tanah Merah untuk berkongsi ilmu teknik menjawab kertas 2 dan perbengkelan. Sepatutnya
sampai ke malam, namun terpaksa menguzurkan diri kerana keesokan akan ke
Sarawak sedangkan belum melakukan persiapan.
|
Bersama ahli al-Quran Maahad Tahfiz Sains tanah Merah |
Kunjungan ke Sarawak sangat sulit kerana diadakan pada
pertengahan minggu, hari persekolahan. Berdepan masalah tidak dilepaskan oleh
pihak sekolah. Sangat sukar. Saya membuat keputusan mengambil cuti sakit kerana
tidak sanggup mengecewakan pihak sekolah SMKA Matang, Kuching kerana program
tersebut telah dirancang sejak bulan April lagi.
Terbang terus dari airport Pengkalan Chepa ke Kuching sangat menjimatkan masa dan memudahkan. Disambut bagaikan VIP oleh pak Ngah dan dibawa terus ke lokasi Mukhayyam Bahasa Arab di Pulat Latihan
Sarawak, Telaga Air. Mukhayyam ini melibatkan semua calon SPM SMKA Matang yang dikhabarkan
kurang bermotivasi dengan subjek Bahasa Arab.
|
Sesi bergambar bersama semua pelajar dan guru B. Arab |
Saya banyak menyelitkan unsur motivasi agar mereka dapat
mengubah sikap dan persepsi terhadap Bahasa Arab. Tiga slot ceramah diikuti dengan
bengkel diharap dapat memberi semangat baru kepada semua pelajar. Ada juga slot
bersama muzakarah bersama guru-guru Bahasa Arab. Terbang pulang ke Kota Bharu
pada 26 Jun hari Khamis. semoga kembara ilmu ke Sarawak dapat memberi faedah dan kebaaikan
untuk anak-anak pelajar SMKA matang dan dapat meningkatkan rekod Bahasa Arab
SPM sekolah tersebut. Tawakkalna Ala Allah.
|
Menerima cenderamata daripada Guru Kanan Ustazah Hasliza binti Hanafi |
Dalam perjalanan pulang dari airport, saya menerima
panggilan daripada Cikgu Fauzi dari SMK Salor menjemput berceramah untuk calon
PT3 di asramanya pada keesokannya, Jumaat 27 Jun 2014. Saya tidak tergamak dan
agak sukar untuk berkata ‘maaf, tidak boleh’. Saya menerima sahaja walaupun agak
keletihan.
Keesokannya pula iaitu pada hari Sabtu, 28 Jun 2014 sekali lagi
berkunjung ke MRSM Kota Putra bersama anak-anak calon SPM memantapkan teknik menjawab
kertas 1. Ini kali ketiga hadir ke sini pada tahun ini. Respon pelajar sama seperti dulu, sangat memberangsangkan walaupun
dalam keadaan kepanasan kerana diadakan waktu tengahari. Ceramah ini merupakan yang terakhir sebelum berehat sepanjang Ramadan.
Kesibukan tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada 30 Jun 2014 menerima panggilan daripada Mega Harmony memaklumkan bahawa buku PT3
yang dicetak telah siap. Sangat teruja. Kegembiraan berganda dengan ketibaan Ramadan dan
karya ketiga siap serentak.
Pada 1 Julai 2014 buku-buku mula dipos ke serata
tempat terutama yang membuat tempahan awal sebelum siap dicetak lagi.
Alhamdulillah sehingga 14 Julai iaitu dalam masa 2 minggu jumlah 1529 buah buku
PT3 telah dijual dan dipos ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Jazakumullah khairal jaza’ kepada asatizah dan talabah di atas kepercayaan dan
kesudian memanfaatkan ilmu yang dikongsikan. Semoga Modul Abu Sakeena PT3 akan
dapat membantu pelajar minat dan memahami bahasa al-Quran.
|
Timbunan buku di tangga depan. tidak sempat dan tidak larat untuk dipindah masuk ke dalam rumah. |
Memang memenatkan, menambah beban kepenatan Ramadan
dengan memikul kotak-kotak 20-25 kg dan berulang alik ke pejabat pos. Ramadan kali
ini sangat berbeza dengan sebelumnya namun saya mengharapkan kasih sayang dan
rahmat Allah sentiasa bersama saya setiap masa. Segala puji bagi Allah yang sentiasa
mempermudahkan hambaNya ini setiap masa dan ketika. Semoga kesibukan ini dibalas
dengan keampunan dariNya dan balasan terbaik di sana.
2 comments:
ustaz..semoga terus bersemangat..semoga ap y ustaz penat lelahkan ini penuh dengan rahmat dan barakah.. sy doakan agar Allah lindungi ustaz selalu.. :)
aamiin wa syukran kathiran ala al-du'a
Catat Ulasan