UPDATE : Telah siap (30 JUN 2014 ) akan dipos segera.
1 JULAI 2014 : Mula dipos seluruh negara...semoga Allah permudahkan.
Untuk tempahan sebuah buku RM25 termasuk pos laju (RM19-buku + rm6 -pos laju)
Tempahan lebih 20 buah dengan harga RM16 dengan pos percuma.
TERHAD
Update : Sehingga 14 Julai 2014 (dalam masa 2 minggu), sebanyak 1529 naskhah buku modul PT3 telah dijual dan dipos ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Segala Puji Bagi Allah.
UPDATE : sehingga hari ini 24 OGOS 2014, Stok buku PT3 hanya berbaki 600 lebih naskhah daripada 5000 naskhah cetakan pertama. In Sya Allah akan diulang cetak dalam masa terdekat.
AbuAqil aka AbuSakeena
Segala puji bagi yang yang
mempermudahkan semua urusan diri ini sepanjang dua minggu ini hingga buku khas
untuk pelajar menengah rendah tingkatan 1, 2 dan 3 bakal berada di pasaran
sebelum ramadan In Sya Allah.
Cuti pertengahan tahun dimanfaatkan
mengadap laptop 6-8 jam sehari. Bukan senang untuk mengerah idea menterjemah
kalimah arab kemudian menaipnya. Yang paling menyenakkan mata ialah meletakkan
baris kalimah satu persatu. Allah sahaja yang tahu.
Modul ini dikarang khas dalam bentuk buku nota rujukan dan latihan latih tubi untuk
mempermudahkan pelajar Bahasa Arab seawal tingkatan satu lagi untuk memahami
dan menguasai tajuk-tajuk qawaid seterusnya dapat mengikis tanggapan Bahasa
Arab subjek yang susah.
Tajuk-tajuk qawaid disusun mengikut buku
teks tingkatan 1, 2 dan 3 yang mengandungi sebanyak 29 tajuk. Dijelaskan definisi, penerangan tajuk, peta minda
dan diikuti dengan soalan latih tubi untuk pengukuhan.
|
Contoh nota rujukan |
Sebagai persiapan pelajar menghadapi
peperiksaan bertulis PT3 untuk pelajar tingkatan 3, dimasukkan tips dan teknik
untuk menjawab soalan pemahaman, ungkapan situasi, bina ayat, susun kalimah dan
teknik mengarang insyak serta 10 contoh karangan dengan terjemahan.
|
setiap tajuk qawaid disertakan minima 10 soalan untuk pengukuhan |
Disediakan juga 3 set soalan ramalan
PT3 untuk pelajar membiasakan menjawab soalan mengikut fomat baru PT3. Skema
jawapan disediakan terutama untuk rujukan guru.
Berikut senarai isi kandungan yang
terdapat dalam Modul Abu Sakeena PT3 :
BAHAGIAN QAWAID (قسم القواعد)
Perkataan & Jenisnya (الكلمات وأقسامها)
Kata Nama Lelaki & Perempuan (الاسم المذكر والمؤنث)
Satu, Dua & Banyak (المفرد والمثنى والجمع)
Perubahan Kata Kerja Madhi (تصريف الفعل الماضي)
Perubahan Kata Kerja Mudhari’ (تصريف الفعل المضارع)
Perubahan Kata Kerja Amr (تصريف فعل الأمر)
Ism Bersambung Dengan Ganti Nama (الاسم يتصل بالضمير)
Jumlah Ismiyyah (الجملة الاسمية)
Jumlah Fi’liyyah (الجملة الفعلية)
Kata Nama Tunjuk (اسم الإشارة)
Kata Sendi Nama (حروف الجر)
Kata Tanya (أدوات الاستفهام)
Bilangan (العدد والمعدود)
Bilangan Mengikut Tertib (العدد الترتيب)
Kata Nama Khas & Am (المعرفة والنكرة)
Jenis-jenis Jama’ (الجمع وأنواعه)
Kata Kerja-Kata Kerja (الأفعال)
Subjek & Predikat (المبتدأ والخبر)
Pelaku (الفاعل)
Maf’ul bih (المفعول به)
Kata Hubung (الاسم الموصول)
Kata Sifat & Kata Hubung (النعت والعطف)
Ayat Aktif & Pasif (الفعل المبني والمجهول)
Zorf (الظروف)
Kata Nafi (أدوات النفي)
Adawatul Nasab (أوات النصب)
Adawatul Jazam (أدوات الجزم)
Kana & Saudaranya (كان وأخواتها)
Inna & Saudaranya (إن وأخواتها)
TIPS & TEKNIK PEMAHAMAN (الفهم والاستفهام)
TIPS & TEKNIK UNGKAPAN SITUASI (العبارة)
TIPS & TEKNIK BINA AYAT (بناء
الجملة)
TIPS & TEKNIK SUSUN PERKATAAN (ترتيب الكلمات)
TIPS & TEKNIK PENULISAN KARANGAN (كتابة
الإنشاء)
SOALAN RAMALAN PT3 SET 1
SOALAN RAMALAN PT3 SET 2
SOALAN RAMALAN PT3 SET 3
SKEMA JAWAPAN (نماذج
الإجابة)
Modul ini juga sesuai untuk sesiapa
sahaja yang ingin mula berjinak-jinak belajar asas bahasa Arab kerana penerangan dalam Bahasa Melayu.
modul ini dijangka akan siap
sepenuhnya sebelum 1 Ramadan al-Mubarak,
hanya tunggu untuk dicetak.
Untuk guru , pelajar atau ibubapa yang berminat boleh buat tempahan awal dengan
sms@ WhatsApp ke no 019- 959 5458 ( Ustaz Adnan Ishak) dengan memaklumkan nama,
sekolah dan jumlah buku yang dikehendaki.
Cetakan adalah terhad. Buku akan dipos sebaik sahaja siap. Diutamakan kepada
mereka yang membuat tempahan awal.
setinggi-tinggi penghargaan kepada penempah pertama modul ketika modul masih dalam proses iaitu :
1- Ustazah Siti Zafirah Azmi
SMKA Tun Datu Mustapha, Papar Sabah
2- Ustazah Hafizah (70 buah)
SMK Seksyen 18, Shah Alam
3- Ustazah Siti Ainshah (4 buah)
SABK maahad yahyawiah
4- Ustaz Mohd faiz (48 buah)
SMK Sultan Yussuf Perak
5- Ustazah Aziun SMA Rantau (5 buah)
Negeri Sembilan
6- Ahmad Noor Zaimi (37 buah)
SMK Bandar Rinching
Selangor
7- SMA ad-Diniah Perak (115 buah)
Modul setebal 184 muka surat aka dijual dengan harga :
~ RM16 dengan pos percuma sekiranya dibeli dengan jumlah lebih 20 buah.
~ harga yang sama tapi dengan kos pos laju ditanggung oleh pembeli sekiranya jumlah sedikit.
Harga tidak mahal kerana modul setebal
itu untuk digunakan selama 3 tahun bermula tingkatan 1-3 sebagai nota rujukan dan buku kerja pelajar.
Doakan
agar Allah mempermudahkan semua urusan selanjutnya.
الله المستعان
update 13/06/14
14 comments:
assalamualaikum tuan....
saya berminat dengan buku tuan ...
1)bagaimana cara menempah buku?
2)proses pembayaran.
assalamualaikum..sy berminat dengan buku bahas arab pt3...bagaimana cara saya nak dapatkan buku ye?
assalamualaikum , bagaimana prosedur utk mendapatkan buku ni yea ?
sila sms 019 959 5458
Assalamualaikum wbt...
Saya berminat membeli buku Bahasa Arab PT3.
Bgaimana cara untuk mendapatkan?
Mohon hubungi saya melalui wsp di no tel - Ibu Arita 019-2205807
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt...
Saya berminat membeli buku Bahasa Arab PT3.
Bgaimana cara untuk mendapatkan?
Mohon hubungi saya melalui wsp di no tel - Ibu Arita 019-2205807
Terima kasih.
assalamualaikum. saya berminat untuk menempah buku bahasa arab pt3, bagaimana ye
aslm , mcm mana mau beli buku bahasa arab karangan pt3 ? tolong info ~ 01114163588 - nizam ~ whatapps
terima kasih bagi yg sudi tolong
nak boleh? saya pelajar pt3 2016
bagaimana untuk mendapatkan buku ini? 0192647120
terima kasih .... buku ini banyak membantu saya dalam memahami bahasa arab secara mendalam dan juga membantu saya menjawab soalan peperiksaan bahasa arab dengan mudah ... TQ
Assalamualaikum..bagaimana untuk sya dapatkn buku ini..ini untuk diri saya sahaja...mcm mana yea prosesnya
bagaimana cara untuk membelinya? cara pembayaran?
Catat Ulasan