AbuAqil aka AbuSakeena
Sejak akhir-akhir ini amat berat + malas untuk update blog kerana masa yang
terluang saya lebih gemar bersama anak-anak. Jadual selepas Raya Aidil Fitri
yang lepas agak padat. Bermula dengan ceramah teknik kertas 2 SPM untuk
anak-anak pelajar SMK Agama Kuala Abang, Dungun yang diadakan sebuah resort di
Besut. Ruang masa selama 2 jam diamnfaatkan sebaik mungkin untuk menjawab
soalan insyak dan soalan pemahaman, insyak pendek dan kata hikmah. Pelajar memberi
respon yang sangat baik dan bersemangat. Terima kasih keapda al-fadhil ustaz
firdaus di atas jemputan. ini merupakan ceramah pertama setelah berehat
sepanjang Ramadan.
|
Para pelajar SMKA Kuala Abang sedang berbincang menjawab soalan pemahaman |
Kembara ilmu berikutnya ialah bermusafir kali ketiga
ke negeri di bawah bayu dan kali kedua ke SMK Agama Tun Said, Kota Belud, Sabah
pada 7 Ogos 2014 atas jemputan sahabat baik rakan sekolah di Maahad Muhammadi
Lelaki satu masa dulu, al-Fadhil ustaz Abdul Aziz Ghaffar.
|
Bersama Ustaz Aziz |
Perkongsian ilmu di sini agak padat dengan 5 slot khas
untuk calon SPM. Kebetulan pada waktu itu kesihatan terjejas dengan selsema
yang berlarutan dan batuk. Namun segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan ‘Bermarathon’ lebih kurang 10 jam berceramah
dan berbengkel. Memenatkan tapi memuaskan hati bila dapat berkongsi ilmu dengan
anak-anak pelajar.
Minggu berikutnya iaitu pada 14 Ogos 2014 ‘terbang’
pula ke Putrajaya untuk bersama anak-anak Putrajaya dari 5 buah sekolah KAA di
JPN Putrajaya untuk sesi ceramah teknik menjawab dan bengkel PT3 yang
berlangsung di SMK Presint 8 (1). Program
sepanjang 4 jam terus menerus berjalan dengan lancar dan baik. Kerja saya
menjadi mudah kerana semua pelajar telah mempunyai modul PT3 di mana semua
slide Power point berpandukan modul tersebut.
|
Anak-anak SMKA Tun Said, Kota Belud yang sentiasa ceria berbengkel |
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ustazah Suryani bt
Mohamad yang sudi menjemput saya dari jauh untuk berkongsi ilmu. Dapat juga
bertemu dengan sahabat lama al-fadhil ustaz Zulkifli bin Nawawi yang sekarang
berkhidmat di SMKA Putrajaya. Beliaulah insan yang bertanggung jawab menjemput
saya ke Sabah pada tahun 2012.
Urusan saya di Putrajaya menjadi mudah kerana
kebetulan adik saya menetap di putrajaya dan tidak menyusahkan orang lain untuk
mengambil dan menghantar saya dari lapangan terbang.
|
Para pelajar SMKA dan KAA Putrajaya |
Di samping itu kembara ini
juga saya dapat berjumpa dengan dengan abang yang tinggal di Bukit Jelutong,
Shah Alam. Beliau sanggup datang untuk bersarapan bersama pada keesokkannya.
|
Menerima cenderahati daripada wakil JPN Putrajaya |
Ketika berada di Putrajaya saya menerima WhatsApp
daripada ustazah Solah makkiyah (kak Solah) menjemput saya berceramah PT3 di sekolahnya
SMK Clifford, Kuala Lipis pada hujung minggu berikutnya dengan tawaran musafir
dengan keretapi ekspress wau. Ini pengalaman baru walaupun akan meletihkan
kerana perjalanan mengambil masa 4 jam setengah. Saya menerima sahaja kerana tidak sanggup untuk berkata ‘tidak boleh’
untuk berkongsi ilmu Allah yang sedikit di dada.
|
Pekena Nasi kerabu di Presint 9 bersama adik (kiri) dan abang. |
Namun rancangan ini terpaksa dibatalkan kerana keretapi
pulang pada tengahari Jumaat ke Wakaf Bharu tidak disediakan buat sementara
waktu. Allah belum izinkan saya untuk berkongsi ilmu di sana. In Sya Allah satu
hari nanti saya akan ke sana juga. Semoga Allah permudahkan.
Ekoran itu hujung minggu ini baru dapat saya berehat
dan dapat manfaatkan masa bersama keluarga tercinta. Hujung minggu ini iaitu
pada 23 Ogos 2014 dimanfaatkan bersama dengan anak-anak didik SMKA Tok Bachok selama
2 jam berceramah teknik menjawab PT3 yang diadakan di dewan Abu bakar
as-Siddiq, SMKA Tok Bachok. Terima kasih kepada guru kanan al-fadhil Che Ayuk,
ustaz Faizol, ustazah Zurainah dan ustazah Mahfuzah di atas jemputan padahal mereka ini jauh
lebih berilmu dan berpengalaman daripada diri ini.
|
Para pelajar SMKA Tok Bachok sedang menikmati video |
Pada minggu hadapan iaitu pada 29 Ogos 2014 akan
bersama pula anak-anak pelajar SMKA Melor untuk ceramah teknik PT3 juga yang
akan diadakan di D’Muara Tok Bali. Peluang ini akan diambil peluang bercuti dan
santai bersama keluarga di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Program 2 dalam 1. Semoga
Allah permudahkan semua perancangan.
Namun saya terkilan juga kerana tidak dapat
memenuhi jemputan al-fadhil ustaz Hisyam
dari SMKA Melor untuk bersama pelajar 40 orang lebih untuk ceramah teknik SPM. Ini
kerana saya ketika itu masih berada di Sabah dan berlaku sedikit masalah
komunikasi. Semoga Allah mengampunkan dosa saya kerana gagal berkongsi ilmu di
sana.
Beraktiviti pada setiap hujung minggu memang memenatkan
kerana bekerja 7 hari seminggu dengan bermusafir jauh namun saya berasa puas
dan berbaloi kerana dapat memberi sumbangan ilmu kepada anak-anak didik muslim
yang berminat belajar Bahas Arab. ganjaran Ilahi dan redaNya jua yang
diharapkan sebagai balasan.
Saya sangat mengharapkan agar Allah mengurniakan kesihatan yang sempurna kepada
diri ini ekoran pertambahan usia yang tidak lagi segagah waktu muda.
Keberkatan
masa juga diharapkan agar kembara ilmu saya tidk mengganggu ‘hardcore business’
saya sebagai pendidik. Mohon sahabat dan saudara sekalian mendoakan saya juga. Doa
kalian lebih baqbul daripada hamba yang kerdil ini.
Di dalam kesibukan berkongsi ilmu dengan berceramah
sana sini namun penjualan buku tetap berjalan dengan baik. Hasil bantuan adik
perempuan Amalia Aisya yang bertanggung jawab membungkus dan mengepos ke
seluruh negara. Tanpa bantuannya sangat sukar. Tanpa disedari sehingga hari ini
(24 Ogos 2014) buku modul PT3 telah dijual lebih 4400 naskhah. Baki buku lebih
kurang 600 buah daripada 5000 cetakan pertama. In Sya Allah cetakan kedua akan
menyusul untuk memenuhi permintaan pembeli pada masa akan datang in Sya Allah.
Semoga Allah terus mempermudahkan semua urusan kembara
ilmu keseterusnya…aamiin ya Musta’an.
0 comments:
Catat Ulasan