14 Mei, 2014

PT3 : Format Soalan Bahasa Arab




 AbuAqil aka AbuSakeena

Pasti para satizah dan pelajar  yang mengambil kertas Bahasa Arab tingkatan 3 berasa bimbang kerana masih belum ada kata putus daripada Pihak Lembaga tentang format soalan yang akan ditanya di dalam PT3 nanti.

Saya juga berasa sangat risau dengan perkara ini kerana guru bahasa Arab belum dipanggil diberi penerangan tentang soalan bahasa Arab PT3. Namun berdasarkan muzakarah dan maklumat daripada individu yang berautoriti kesimpulannya soalan boleh dikatakan 90% sama dengan format PMR sebelum ini, iaitu :

Soalan 1 : Kemahiran qawaid (20 markah). Tidak dapat dipastikan sama ada soalan diberi pilihan atau hanya satu soalan. *Kekal

Soalan 2 : Pemahaman (30 markah). Berbeza dengan sebelum ini dengan 2 soalan ( 20 markah + 10 markah) *Kekal dengan diubahsuai.

Soalan 3 : Bina ayat ungkapan berdasarkan situasi (10 Markah)* Kekal

Soalan 4 : Bina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diberi (10 markah) *Kekal

Soalan 5 : susun kalimah menjadi ayat lengkap (10 markah). [ menggantikan bina ayat bergambar] * BARU

Soalan 6 : Mengarang insyak. (20 markah) *Kekal

Soalan baru hanyalah bahagian susun kalimah menjadi ayat lengkap. Mungkin nampak senang tapi agak sukar sekiranya pelajar tidak tahu makna kalimah.

Wallahu a’lam adakah info di atas benar 100%, sama-sama kita nantikan pengesahan daripada pihak bertanggung jawab.

In sya Allah kalau berkesempatan dan diberkati waktu saya akan cuba siapkan modul khas untuk peperiksaan PT3.



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

boleh kha buat taklimat tntang tips dapat score A bahasa arab kat smk bugaya semporna,sabah???

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share