27 Mei, 2014
Kembara Ilmu : Kembali ke MRSM Ulul Albab Untuk Ceramah PT3
AbuAqil aka AbuSakeena
Hujung minggu yang lepas, Sabtu 24 Mei 2014 saya
kembali ke MRSM Ulul Albab, Besut Terengganu untuk berkongsi ilmu ceramah
teknik PT3 serta perbengkelan untuk pelajar tingkatan 3. Bulan lepas bersama
pelajar tingkatan 5. Tarikh tersebut asalnya akan berceramah teknik SPM di SMK
Lembah Bidong, Setiu namun dibatalkan kerana masalah yang tidak dapat
dielakkan. Saya mengesahkan jemputan ke Kota Putra sekali lagi kepada ustazah
Nadiah dari MRSM Kota Putra.
Ceramah diadakan ditempat yang sama dengan dulu iaitu
di dewan kuliah. Pelajar memenuhi ruang dewan kerana jumlah pelajar kalau tidak
silap lebih 170 orang.Saya menyelitkan sedikit motivasi kepentingan Bahasa Arab kepada para pelajar
agar mereka sedar tanggung jawab mereka sebagai ahlil Quran. Semoga mereka
mendapat semangat dan minat untuk mendalami ilmu bahasa al-Quran ini.
Ceramah diselang-seli dengan bengkel untuk mengelakkan
pelajar boring dengan interaksi satu hala. Sesi pertama ceramah pada pukul
11.00 pagi hingga 1.00 petang. Slot ini sempat menghabiskan soalan 1 dan 2
iaitu bahagian Qawaid dan pemahaman. Alhamdulillah para pelajar memberi respon
positif dan dapat menjawab soalan dengan baik melainkan beberapa soalan aras
tinggi.
Sesi ceramah yang kedua disambung semula selepas makan
tengahari dan solat iaitu pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Slot ini
diadakan ceramah teknik diikuti dengan bengkel untuk soalan 3 ( Ibarah/ ucapan),
soalan 4 (bina ayat berdasarkan rangkai kata), soalan 5 (susun kalimah) dan
soalan 6 (insyak). Semua berjalan dengan baik dan lancar walaupun masa yang
sangat singkat.
Kebanyakan pelajar menguasai tajuk qawaid dengan baik,
mereka Cuma lemah bahagian bina ayat berdasarkan rangkai kata. Semoga perkongsian
ini akan dapat membantu mereka dalam menjawab soalan PT3 bulan Oktober nanti.
Ustaz doakan anda agar kalian akan mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan akan menjadi ahlil Quran yang cemerlang
di dunia dan akhirat.
0 comments:
Catat Ulasan