14 Mei, 2014
PT3 : Format Soalan Bahasa Arab
AbuAqil aka AbuSakeena
Pasti para satizah dan pelajar yang mengambil kertas Bahasa Arab tingkatan 3
berasa bimbang kerana masih belum ada kata putus daripada Pihak Lembaga tentang
format soalan yang akan ditanya di dalam PT3 nanti.
Saya juga berasa sangat risau dengan perkara ini
kerana guru bahasa Arab belum dipanggil diberi penerangan tentang soalan bahasa
Arab PT3. Namun berdasarkan muzakarah dan maklumat daripada individu yang
berautoriti kesimpulannya soalan boleh dikatakan 90% sama dengan format PMR
sebelum ini, iaitu :
Soalan 1 : Kemahiran qawaid (20 markah). Tidak dapat
dipastikan sama ada soalan diberi pilihan atau hanya satu soalan. *Kekal
Soalan 2 : Pemahaman (30 markah). Berbeza dengan
sebelum ini dengan 2 soalan ( 20 markah + 10 markah) *Kekal dengan diubahsuai.
Soalan 3 : Bina ayat ungkapan berdasarkan situasi (10
Markah)* Kekal
Soalan 4 : Bina ayat berdasarkan perkataan atau
rangkai kata yang diberi (10 markah) *Kekal
Soalan 5 : susun kalimah menjadi ayat lengkap (10
markah). [ menggantikan bina ayat bergambar] * BARU
Soalan 6 : Mengarang insyak. (20 markah) *Kekal
Soalan baru hanyalah bahagian susun kalimah menjadi
ayat lengkap. Mungkin nampak senang tapi agak sukar sekiranya pelajar tidak
tahu makna kalimah.
Wallahu a’lam adakah info di atas benar 100%,
sama-sama kita nantikan pengesahan daripada pihak bertanggung jawab.
In sya Allah kalau berkesempatan dan diberkati waktu
saya akan cuba siapkan modul khas untuk peperiksaan PT3.
1 comments:
boleh kha buat taklimat tntang tips dapat score A bahasa arab kat smk bugaya semporna,sabah???
Catat Ulasan