AbuAqil aka AbuSakeena
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang membuka hati ini dan memberi ilham agar meneruskan usaha untuk membantu anak-anak pelajar mempelajari Bahasa al-Quran.
Bermula 30 Mei 2014 iaitu pada hari Jumaat dan selepas bacaan Surah al-Kahfi saya memulakan projek buku yang ketiga.
Buku ketiga ini ditulis berpandukan tajuk-tajuk qawaid di dalam buku teks bahasa Arab Tingkatan 1, 2 dan 3 agar buku ini akan diguna pakai oleh pelajar sepenuhnya untuk memahami dan menguasai Bahasa Arab seawal tingkatan satu lagi.
Doakan saya agar dipermudahkan semua urusan, diberi ilham dan ilmu bermanfaat, diberkati masa dan kesihatan yang sempurna untuk menyiapkan modul abu sakeena khas untuk pelajar menengah rendah. Buku ini sesuai dipakai oleh pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sebagai persiapan untuk menghadapi PT3. In Sya Allah akan dapat membantu pelajar.
Sehingga hari kedua saya telah menyiapkan sebanyak 22 muka surat. In sya Allah sempat dicetak sebelum buka persekolahan penggal kedua nanti.
والله المستعان أعني ويسر لي أمري
0 comments:
Catat Ulasan