01 Mei, 2014

Menerima Kunjungan SMK Ahmad Pekan Pahang




AbuAqil aka AbuSakeena

Tarikh 30 April 2014 (Rabu) lepas sangat bermakna kerana menerima kedatagan tetamu istimewa dari bumi Pahang iaitu rombongan 32 orang pelajar dan 4 orang guru dari SMK Ahmad, Pekan Pahang. Rombongan yang diketuai oleh al-Fadhil ustaz Muna bin Hamzan telah tiba di Serambi Mekah ini pada hari Isnin dan telah mengadakan lawatan ke KIAS, Nilam Puri, Masjid Beijing di Rantau Panjang, Bandar Rantau Panjang dan SMK Dato’ Perdana merupakan destinasi yang terakhir sebelum bertolak pulang ke Pekan.

Rombongan tiba pukul 9.10 pagi disambut secara sederhana oleh para pentadbir, guru tertentu dan anak-anak pelajar 5 Ibnu Sina. 32 orang pelajar dari sekolah ini adalah gabungan tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Bahasa Arab SPM. Sekolah SMK Ahmad merupakan sekolah yang tertua di Pahang iaitu bermula tahun 1954 dan ia bakal dinobatkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan. Semua tetamu memulakan ziarah dengan sesi penggambaran untuk dokumentasi dan kenangan.

Sesi menandatangani Mou

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua SMKDP iaitu Pn Hjh Khatimas bt Mohamood diikuti dengan ucapan wakil rombongan iaitu Ustaz Muna Hamzan. Sejurus lepas itu ditandatangani MOU kerjasama dan perkongsian untuk peningkatan kurikulum yang melibatkan kedua-dua buah sekolah.

Bersama ketua rombongan, ustaz Muna Hamzan
Semua tetamu dijemput ke bilik ERT untuk merasai laksa dan laksan yang dihidang khas untuk mereka. Tepat jam 11.00 pagi semua pelajar kembali ke bilik wawasan untuk mengikuti ceramah teknik menjawab Bahasa Arab SPM kertas 2. Ceramah selama 1 jam 20 minit  tidak sempat dihabiskan semua sekali dan in sya Allah kalau ada kesempatan dan keizinan Allah akan disambung lagi bila saya akan membuat kunjungan balas ke SMK Ahmad. Semoga Allah permudahkan.

Pelajar-pelajar mengikuti ceramah teknik
Kebanyakan pelajar SMK Ahmad telah dapat menguasai dengan baik subjek Bahasa Arab dan in Sya Allah mereka semua akan mencapai kecemerlangan dalam SPM dan bahasa Arab khasnya.Selepas sahaja ceramah mereka dibawa melawat bilik-bilik khas di SMKDP dan dibimbing oleh pelajar-pelajar tuan rumah yang bersedia menunggu.
Rombongan selesai lawatan dan bertolak pulang pada pukul 1.40 petang. Saya ‘memaksa’ mereka agar singgah dulu di Pantai Irama kerana tidak munasabah datang ke Bachok tapi tidak pergi di pantai yang terkenal di Kelantan walaupun sekarang tidak seindah dulu kerana masalah hakisan yang teruk.


Bergambar sebelum bertolak pulang
Semua perjalanan menerima kunjungan daripada tetamu istimewa ini berjalan dengan lancar dan baik. Semoga satu masa nanti rombongan kami pula SMK Dato’ Perdana akan sampai di SMK Ahmad, In Sya Allah atau saya sendiri akan ke sana kerana masih ‘berhutang’ ceramah yang hanya sempat di separuh jalan.  اللهم يسر لنا امورنا

Sekalung penghargaan kepada  rombongan SMK Ahmad. Kunjungan anda amat beerti bagi saya dan SMK Dato ' Perdana. Semoga kita akan bersua lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share