02 Mei, 2014

Kembara ilmu 2014: Ke SMA Maarif Besut



AbuAqil aka AbuSakeena

1 Mei 2014 tahun ini tidak bercuti kerana saya bersama dengan anak-anak pelajar SMA Maarif  berjumlah 110 orang dan SM Imtiyaz Besut seramai 54 orang. Saya menerima jemputan daripada ustazah Anizawati  4 hari sebelumnya bertanyakan adakah pergi bercuti mana-mana dengan keluarga pada 1 Mei nanti sebab ingin menjemput untuk berceramah. Tanpa berfikir panjang, saya terus menerimanya. Kerana ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah tidak wajar dihabiskan dengan rehat semata-mata tanpa pengisian bermanfaat.


Sebenarnya saya masih kepenatan kerana sehari sebelumnya menerima kunjungan daripada SMK Ahmad, Pekan Pahang. Ditambah pula kesakitan di belakang dan pinggang masih berlarutan walau telah mengambil ubat tahan sakit. Namun demikian alhamdulillah Allah masih kurniakan kekuatan untuk berceramah selama 4 jam lebih dan dipermudahkan semua urusan.


SMA Maarif merupakan sebuah sekolah SABK dan calon SPM pada tahun 2014 seramai 2014 dengan kesemuanya mengambil kertas Bahasa Arab. satu cabaran besar bagi asatizah yang mengajar tingkatan 5. Mereka kelihatan bersemangat sepanjang ceramah dan sesi perbengkelan berlangsung. Semoga perkongsian ilmu dan motivasi dapat memberi kekuatan baru kepada anak-anak pelajar yang lemah dan TOV yang kurang memuaskan sebelum ini.

Bersama dengan ahli Quran SM Imtiyaz Besut
Difahamkan terdapat 54 orang ahli Quran dari SM Imtiyaz Besut menyertai sama ceramah saya. Mereka kebanyakkannya telah dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik berdasarkan respon semasa soal jawab bengkel. Alhamdulillah kali ketiga dapat bersama dengan ahli Quran.

Ceramah selama lebih 4 jam untuk dua slot kertas 1 dan 2 berjalan dengan lancar dan baik. Mendapat respon yang memberangsangkan daripada semua pelajar. Mudah-mudahan mereka mendapat kebaikan walaupun sedikit daripada perkongisian ilmu tersebut.

Ustaz doakan agar Allah mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada semua anak-anak didik SMA Maarif dan SM Imtiyaz salam peperiksaan SPM terutama Bahasa Arab, Amiin Ya Rabbal Alamin.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kenapa bahasa arab kita kena lulus

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share