AbuAqil aka AbuSakeena
Berdasarkan jawapan pelajar dalam peperiksaan PKBS 1
yang lepas, saya menganalisis keputusan
peperiksaan Bahasa Arab yang melibatkan
dua kelas yang diajar iaitu 4 Ibnu Sina dan 5 Ibnu Sina.
|
Anak-anak didik 5 Ibnu Sina generasi keempat. Keputusan PKBS1 yang kurang memberangsangkan. Kasihan kena marah dan kena bebel |
Saya berpuas hati dengan pencapaian pelajar tingkatan
4 Ibnu Sina yang pertama kali menghadapi peperiksaan sebagai pelajar menengah
atas. Walaupun semua pelajar memperoleh A namun masih ketara
kelemahan-kelemahan pelajar dalam menjawab soalan.
|
Anak-anak didik 4 Ibnu Sina 2014 : 100 A dalam PKBS 1 walaupun baru pertama kali menghadapi peperiksaan sebagai pelajar menengah Atas |
Namun saya berasa sangat dukacita dengan keputusan tingkatan 5 Ibnu Sina.
Terdapat beberapa orang pelajar yang gagal mendapat A sedangkan soalan sangat
senang. Semuanya disebabkan kecuaian dan tabiat malas mengulangkaji tajuk-tajuk
tertentu.
Berikut disenaraikan beberapa kelemahan pelajar yang
mesti diatasi segera :
1) Tidak mengulangkaji, tidak menghafal tajuk-tajuk
tertentu.
Ini Sikap tidak bertanggungjawab pelajar yang tidak
menghargai ilmu yang diajar oleh guru. Tindakan tidak bermoral ini perlu
dihindari. Ilmu yang dipelajari tidak akan bermanfaat bila tidak diulangkaji
dan ditambah kefahaman dan penguasaan. Anda bijak mana sekalipun ilmu tidak
akan kemana kalau menghiasi diri dengan sikap malas dan alpa. Kelemahan ini
tidak dapat dibantu oleh mana-mana guru walaupun malaikat yang turun mengajar
kalian!
2) Tidak memahami arahan soalan.
Kelemahan ini berpunca daripada kurang membuat
latihan. Perkara ini boleh diatasi dengan bantuan guru dengan memperbanyakkan
latih tubi.
3) Tidak memahami tajuk yang dipelajari.
Terdapat pelajar yang tidak faham namun tidak berusaha
untuk memahaminya dengan bertanya terus guru atau rakan sekelas.
4) Leka dan cuai dengan arahan soalan.
Pelajar yang cuai terus menjawab soalan tanpa membaca
arahan soalan. Jawapan yang diberi akan salah semua walaupun soalan tersebut
merupakan soalan aras rendah. Sungguh malang! Inilah punca utama pelajar yang
sepatutnya peroleh A namun tercicir B.
5) Tidak berusaha menjawab soalan.
Sikap sambil lewa pelajar yang tidak menjawab soalan
dengan tinggal kosong perlu dihentikan. Pemeriksa akan memberi markah untuk
jawapan yang dianggap munasabah terutama kertas 2 di mana jawapan respon
terbuka.
6) Mengabaikan teknik menjawab.
Amat sia-sia ilmu teknik yang diterap tidak
dipraktikkan semasa menjawab soalan. Di dalam modul Abu Sakeena telah
dinyatakan teknik-teknik untuk menjawab soalan-soalan tertentu.
7. Miskin kosa kata (mufradat)
Tidak tahu maksud kalimah akan menyebabkan pelajar
memberi jawapan yang salah terutama soalan kertas 1 bahagian qawaid dan
balaghah.
Tujuh kelemahan ini mesti diatasi segera agar tidak
berulang dalam peperiksaan pertengahan tahun nanti. Semua pelajar diharap ambil
tindakan segera memnutup kelemahan.
Tindakan Guru
- Kenal pasti kelemahan pelajar dan cuba atasi.
- Bincang soalan dan pastikan pelajar memahami jawapan
tersebut bersama sebab.
- Pastikan pelajar membuat pembetulan jawapannya yang
salah berulang kaji ( 5x atau 10x)
- Perbanyakkan soalan latih tubi untuk mengatasi
masalah tidak memahami arahan soalan.
- Galakkan pelajar menghafal kosa kata B. Arab untuk
memudahkan mereka menjawab dengan betul dan untuk membina ayat insyak.
- Guna bantuan
pelajar cemerlang untuk membimbing pelajar yang lemah ( guru muda)
Semoga muhasabah ini memberi manfaat untuk pelajar dan
dapat dijadikan pedoman untuk guru dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam Bahasa Arab SPM.
0 comments:
Catat Ulasan