28 Mac, 2014

Modul Abu Sakeena di Kedai Buku Utama




AbuAqil aka AbuSakeena

Setelah hampir 3 bulan Modul Abu Sakeena memasuki sekolah-sekolah melalui tempahan guru dan pelajar yang menempah secara langsung dengan saya, akhirnya modul ini memasuki pasaran industri buku di bookstore utama seluruh semenanjung.

Saya beruntung kerana mempunyai blog ini yang menjadi tempat promosi utama di mana kebanyakan pembeli dapat tahu pasal modul ini melalui blog ini. jadi tak perlulah saya melakukan promosi dengan cara lain. Setelah memasuki lebih 20 buah sekolah di seluruh negara, akhirnya modul ini mula memasuki pasaran kedai-kedai buku pula.

Bermula dengan SMO Bookstores, Pustaka Seri Intan dan Kedai Buku Banggol bagi pasaran Kelantan dan Terengganu, Modul Abu Sakeena juga telah berjaya menembusi pasaran di sebelah utara iaitu melalui Hasani Edar. Mereka yang mencari modul ini boleh ke kedai buku Hasani yang berdekatan. Hasani mempunyai banyak cawangan di Kedah dan Pulau Pinang. Sesiapa yang tinggal di sekitar Dungun boleh dapatkan buku ini dengan wakil jualan kami di talian : 013-332 1613 ( Cik Amnah)

Bagi pasaran di Perak, setakat ini hanya dijual di Kedai Buku Mubarak iaitu di bandar Ipoh. In Sya Allah akan diusahakan juga agar boleh didapati di bandar-bandar lain.

Di Pahang modul ini boleh didapati di Kedai Buku Men Men yang mempunyai beberapa cawangan termasuk di bandar Chukai, Kemaman. Anda juga boleh membeli modul ini di Pustaka Saujana di Temerloh,Kuantan dan Triang. Sesiapa yang tinggal di Pekan boleh ke Kedai Buku DBP iaitu kendalian Syarikat Seri Wangi yang terletak berdepan dengan supermarket Tunas Manja di bandar Pekan.

Pasaran terbaru ialah kedai buku buku Badan Cemerlang yang berpusat di Plaza Angsana Johor Bahru. Syarikat ini juga menguasai pasaran di Johor dan terdapat satu cawangan di Gombak.

Sesiapa yang tinggl di Melaka anda boleh mengunjungi kedai kedai buku Edaran Sumber di Plaza Melaka.

Bagi pasaran di Lembah Kelang sedang diusahakan dan semoga Allah mempermudahkan untuk memasuki pasaran rangkaian kedai buku Popular, Pustaka Rakyat, Kedai Buku 1 Malaysia dan Times Bookstores. In Sya Allah.

Semoga dengan kemasukan modul abu sakeena ke kedai-kedai buku ini akan lebih memudahkan sesiapa yang ingin memilikinya.

Harga Modul Abu Sakeena Kemahiran Qawaid, Sorf & Balaghah di pasaran industri buku ialah : RM17.00 sementara modul khas kertas 2 RM14.00

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share