20 Mac, 2014

SPM 2013 : Alhamdulillah B. Arab SMKDP Kekal Cemerlang




AbuAqil aka AbuSakeena

Hari ini 20 Mac 2014 hari yang ditunggu oleh calon SPM 2013 untuk mengetahui apa hasil seelah berpenat lelah selama 2 tahun.

Secara umumnya SMK Dato’ Perdana mencatat keputusan lebih baik daripada sebelumnya dengan Gred Purata 2.36 menduduki tempat pertama di PPD Bachok dan keenam di peringkat negeri Kelantan. Walaupun hanya dua orang sahaja pelajar yang mendapat semua A, kami warga SMKDP sangat bersyukur dengan keputusan ini. Nikmat kurniaan. Sekalung tahniah kepada anak didik Anis Zulaikha ( 5 Ibnu Sina) dan Siti Nor Syafikah ( 5 Soyuz 2).

Kehendak Allah mengatasi impian insan.  Kejutan dan  keputusan yang tak disangka sentiasa mewarnai hari keputusan diumumkan. Pelajar yang tidak pernah ditarget mendapat keputusan cemerlang dan begitulah sebaliknya. Allah Maha Bijaksana. Hanya Dia yang Mengetaui hikmahnya. Kita sebagai insan perlu pasrah.

Segala puji bagi Allah yang memberikan keputusan cemerlang kepada semua anak didik dalam kertas Bahasa Arab. Walaupun gagal mencapai target 100% A, namun ustaz sangat bersyukur dan bangga dengan anda semua. Keputusan lengkap ialah:

A+ : 6 0rang
A    : 3 orang
A-   : 11 orang
B+  : 3 orang

Sekalung tahniah kepada semua pelajar. Anda semua kebanggaan ustaz walaupun hanya memperoleh B+. ustaz dapat rasakan gred tahun ini bagi B Arab lebih tinggi daripada biasa, wallahu a’lam. Terima kasih kerana sudi menuntut ilmu Bahasa Arab dengan ustaz. Kalau berpeluang teruskan menuntut ilmu B. Arab sampai bila-bila kerana bahasa al-Quran. Jangan abaikan.


Semoga Allah permudahkan semua perancangan kalian dalam memburu impian dan masa depan yang gemilang.

3 comments:

aQsede@Rusydan berkata...

Terbaik ustaz. tahniah!

hang tuah berkata...

tahniah dan terima kasih atas didikan ustaz Adnan bin Ishak :) Semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga. Doa kami pelajar, sentiasa mengiringi

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

amin yar Rabb...syukran hang tuah di atas doa...siapa sebenarnya hang tuah ni?yang pasti buke hang tuah orang zame melako dulu.. :)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share