|
kulit depan |
|
Kulit Belakang |
AbuAqil
aka AbuSakeena
[UPDATE : MODUL TELAH SIAP, BERSEDIA MENERIMA TEMPAHAN. TEMPAH SEGERA SEBELUM 'SOLD OUT']
Dua tiga
hari ini berasa sedikit lega setelah siap modul Khas Kertas 2 Bahasa Arab SPM.
Projek modul kedua ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan kerana sibuk
dengan tugas utama iaitu sebagai guru di sekolah dan sibuk dengan urusan jualan
Modul Abu Sakeena 1 yang beberapa kali diulang cetak.
Di tambah
pula mendapat ujian dari Allah, demam selsema dan batuk yang berlanjutan disebabkan
fenomena cuaca luar biasa. Sungguh banyak halangan. Kadang-kadang saya manfaatkan
masa tenang waktu di tengah malam untuk
menyiapkan modul ini.
Eh,
cepatnya Nan buat modul tu?. Ujar abang saya, Amir yang sanggup membantu saya dengan
memberi modal untuk percetakan.
Ya, memang
cepat. Tapi hanya Allah yang tahu betapa penat, letih dan tak berdaya bila memerah otak untuk mendapat idea, menaip kalimah rumi diselang
seli dengan huruf arab. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Masa, tenaga,
masa bersama keluarga, masa bersukan dan macam-macam lagi.
Kalau
bukan kerana agama tercinta yang menjanjikan pahala ilmu jariah yang sangat
diimpikan sebagai bekalan di ‘sana’, saya tidak sanggup ‘bercawat kote’[
istilah longhat Kelantan] bertungkus-lumus mengadap komputer 5-8 jam sehari.
Rasa-rasa tahap kerabunan semakin bertambah J
Modul khas
kertas dua ini siap minggu lepas dan terus dihantar ke syarikat percetakan.
Sehinggga pada hari ini [9 Februari 2014]
proses percetakan sedang berjalan dan kulit telah siap dicetak. Walaupun
kekurangan modal, saya mengambil keputusan untuk mencetak dengan banyak
sekaligus untuk tidak memeningkan kepala kehabisan stok seperti modul pertama.
Modul 2 ini dicetak sebanyak 3000 naskhah sekaligus.
Diharap
modul ini mendapat memenuhi permintaan yang lebih tinggi kerana ramai yang
meminta modul untuk kertas 2. Harapan saya agar modul ini sedikit sebanyak akan
membantu pelajar-pelajar dan asatizah di dalam mencapai kecemerlangan Bahasa
Arab SPM.
Apakah keutamaan
modul yang kedua ini?
Modul Khas
Kertas 2 ini dikarang untuk menyelesaikan kelemahan pelajar menjawab kertas 2.
Antara isi kandungannya ialah :
ü Tips &
Panduan mengarang insyak
ü 10 contoh
karangan berpotensi dengan terjemahan
ü Tips &
teknik menjawab soalan pemahaman
ü Tips &
teknik menjawab insyak pendek
ü Tips &
teknik menjawab ucapan situasi
ü Tips bina
ayat ungkapan
ü Senarai
kata hikmah & pengajaran yang ringkas, mudah
Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada saya
berkongsi ilmu di dalam modul ini, In sya Allah akan dapat membantu
pelajar.
Saya telah sebarkan info tentang modul kedua ini
kepada semua pembeli ebook dan buku modul pertama sama ada membeli sebuah
sahaja atau dalam jumlah yang banyak untuk manfaat anak-anak didik.
Alhamdulillah semua memberi respon positif dan berminat menempahnya.
Modul Khas kertas 2 110 muka surat, ‘perfect binding’,
kulit dan kualiti dijamin dijual dengan harga RM11.00 senaskhah dengan pos
percuma [jumlah minima 15 buah]. Pembelian kurang daripada itu dijual dengan harga
yang sama dan pos ditanggung oleh pembeli sama ada pos laju atau pos domestik
(lebih murah).
Individu yang berminat, boleh sms atau WhatApps talian
019-959 5458 ( ustaz Adnan Ishak).
Namun demikian, saya sebagai penulis modul Bahasa Arab SPM tetap berasa serabut dan stress bila terbayangkan ‘harta’ jariah yang sangat beerti bagi saya ini disalahgunakan oleh segelintir insan yang ……..tak tahu nak kata apa. Namun bila difikirkan bahawa Allah Maha Adil dan ada hari pembalasan di akhirat sana jiwa ini kembali tenang.
# Pesanan untuk para asatizah :
Manfaatkan modul ini dengan anak-anak didik dengan
cara yang betul dan sah. Saya merayu agar jangan sekali-kali mendidik dengan
cara yang tidak diredai oleh pengarang. Sesungguhnya di sebalik sebuah buku itu
terdapat beribu pengorbanan dan susah payah yang dihadapi. Sanggupkah anda mengkhianati individu yang membantu anda. Allah al-Musta’an.
ISI
KANDUNGAN MODUL KHAS KERTAS 2
PENULISAN KARANGAN
Pembahagian Insyak
Topik Karangan (محور)
Pendekatan 1 : Mengarang
Insyak
Panduan Bina Ayat B.
Arab
Jumlah Fi’liyyah
Jumlah Fi’liyyah :
Penerangan Terperinci
Penggunaan Masdar
Penggunaan Idhafah
Latihan Mengarang
(Jumlah Fi’liyyah)
Jumlah Ismiyyah
Jumlah Ismiyyah
:Penerangan Terpeinci
Latihan Mengarang
(Jumlah Ismiyyah)
Penanda Wacana
Latihan Mengarang (
Penanda Wacana)
Pendekatan 2 :
Menghafal Insyak
Contoh Karangan
Karangan 1 :Tanggung
Jawab Anak
Karangan 2 :
Pencemaran Alam Sekitar
Karangan 3 : Peranan
Pelajar Membina Integrasi Nasional
Karangan 4 : Pelancongan
di Malaysia
Karangan 5 : Sambutan
Hari Raya
Karangan 6 : Kebaikan
dan Keburukan Teknologi maklumat
Karangan 7 : Hak-hak Jiran
Karangan 8 : Pengajian
Tinggi di Malaysia
Karangan 9 : Sesuai Semua
Tajuk Kemasyarakatan
Karangan 10 :
Kepentingan Bahasa Arab
BAHAGIAN PEMAHAMAN
Tips dan Teknik Soalan
Pemahaman
Kata Soal dan Tips
Menjawab
Panduan Jawab Soalan
Latihan Pemahaman
BAHAGIAN INSYAK PENDEK
Tips dan Teknik Insyak Pendek
Panduan Soalan Bentuk
Surat/ Kad
Panduan Soalan Bentuk
Ucapan/ Khutbah
Latihan Insyak Pendek
BAHAGIAN KATA HIKMAH
Senarai Kata Hikmah
dan Pengajaran
BAHAGIAN UCAPAN
SITUASI
Ucapan Asas Bahasa
Arab
Tips Bina Ayat Ucapan
Latihan Ucapan Situasi
BAHAGIAN BINA AYAT
UNGKAPAN
Tips Bina Ayat
Ungkapan
Latihan Bina Ayat
Ungkapan
Skema Jawapan
0 comments:
Catat Ulasan