03 Februari, 2014

Tuisyen Intensif Bahasa Arab SPM 2014



AbuAqil aka AbuSakeena

Sabtu lepas merupakan kelas tuisyen kali keempat yang diadakan di Pusat Bimbingan Qiraati Bestari, Pekan Jelawat, Bachok, Kelantan. Kelas pertama bermula pada 10 Januari 2014 yang lepas. Namun saya tidak berkesempatan untuk post di blog ini kerana kesuntukan masa, sibuk dengan projek kedua iaitu modul khas kertas 2. Semalam baru siap modul tersebut dan sekarang baru ada masa untuk update blog mengenai tuisyen.


Saya mengadakan tuisyen ini atas dasar inisiatif untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Arab SPM.  Anak-anak didik yang berminat menyertai tuisyen segelintirnya pelajar yang pernah mengikuti kelas tuisyen PMR 2 tahun lepas. 

Sehingga Sabtu lepas, para pelajar terdiri daripada pelajar dari Maahad Yakubiah (MAYA), Nipah dan Maahad Amir Indera Putra, Beris Kubor  Besar. Setakat ini jumlah pelajar seramai 10 orang.

Walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun saya akan berusaha mengajar mereka yang berminat belajar B. Arab untuk kebaikan mereka sebagai pelajar sekolah agama. 


Saya menggunakan Modul Abu Sakeena dan memanfaatkan teknologi terkini iaitu penulisan dan penerangan melalui  note jurnal menggunakan tablet PC Sony VAIO Tap 11 dan LCD Projector. Walaupun saya bukanlah berkemampuan sangat namun terpaksa berkorban sedikit wang agar PdP berjalan dengan lebih berkesan, mudah difahami  dan berupaya untuk menarik minat pelajar mempelajari B. Arab dengan pendekatan yang mudah.

Berpandukan ebook modul yang berwarna-warni dan isi kandungannya sama dengan Modul Abu Sakeena yang berada di tangan pelajar lebih mereka memahami  sesuatu tajuk. setakat ini alhamdulillah anak-anak didik memahaminya dengan baik.


Sesiapa yang berminat dan berdekatan dialu-alukan menyertai kami untuk sama-sama mencipta kejayaan cemerlang dalam B Arab SPM nanti. Bayaran pertama kali sebanyak RM20 untuk modul  dan yuran. Bayaran hanya RM10 ringgit setiap kali hadir. Tak hadir tak perlu bayar, mudah.

Doakan kami agar dipermudahkan urusan kami dalam mengajar dan belajar B Arab seterusnya dapat memartabatkan Bahasa al-Quran.

# Bersedia juga mengadakan tuisyen intensif peribadi di tempat anda jika bersesuaian dengan masa  dan tempat. boleh maklumkan di talian 019-959 5458 (Ustaz Adnan) sekiranya berminat.

7 comments:

norman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

sok nya

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

jemput join :)

Sila Md berkata...

As slm. Selain b. Arab utk spm, ada menyediaankn b. Arab utk penyediaan pelajar yg akan sambung belajar ke jordan? Jika ya, modul apa yg akan digunakan?

Sila Md berkata...

As slm. Selain b. Arab utk spm, ada menyediaankn b. Arab utk penyediaan pelajar yg akan sambung belajar ke jordan? Jika ya, modul apa yg akan digunakan?

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

maaf, tiada yg itu. wallahu a'lam

Amanda Adam berkata...

Assalam. boleh saya tahu perbezaan modul abu sakeena spm yg warna biru dgn modul spm kertas 1 dan 2? harap boleh membantu

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share