21 April, 2014

Kembara Ilmu 2014 : SMAASZA & Santai Famili



AbuAqil aka AbuSakeena

Pagi Jumaat lepas, 18 April 2014 saya bertolak menuju ke bandar Kuala Terengganu bersama famili tercinta. Musafir kali ini mempunyai dua tujuan. Tujuan utama ialah perkongsian ilmu ceramah teknik kertas 1 dan 2 B Arab SPM dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin [SMAASZA] dan yang kedua ialah edisi santai-santai bersama keluarga. ‘Menyelam sambil minum air’ memandangkan destinasi tidak terlalu jauh.

Prinzpark yang terletak berhampiran dengan Masjid terapung di Kuala Ibai

Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah sahaja, anak-anak pun tidak sempat ‘boring’. Menginap di  Prinzpark Resort yang telah ditempah seminggu yang lalu. Hotel ini dipilih kerana berdekatan dengan SMAASZA dan ia menyediakan potongan 20% untuk kakitangan kerajaan.

Kompleks sukan TER yang terletak betul-betul di depan prinzpark
Anak-anak berpuashati berada di sini kerana dapat mandi kolam di Komplek Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER) yang terletak di depan hotel. Kolam renang ini bukan di bawah pengurusan Prinzpark sebab itu kemasukan ke kompleks dicas RM5  bagi kanak-kanak dan RM8 bagi dewasa [yang nak mandi sahaja dikenakan bayaran]. Terdapat juga di sini Dewan Badminton, Bowling, Squash, Gymnsium untuk kemudahan beriadah.
Sampai je terus terjun kolam tiga beradik ni

Selesai bersarapan dengan famili di hotel, saya bersegera ke SMAASZA pada pagi sabtu 19 April 2014. Hanya 10 minit sahaja perjalanan. Sesi ceramah teknik yang diatur selama 4 jam dengan 2 slot untuk kertas 1 dan 2 diadakan di asrama ASPURI. Saya berdepan dengan pelajar-pelajar hebat di sekolah hebat dan dibantu oleh ustaz dan ustazah yang hebat juga. Saya dimaklumkan sekolah ini adalah sekolah kluster kecemerlangan. Pasti pelajar-pelajar juga cemerlang.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian yang terbaik daripada semua pelajar walaupun mereka hanya duduk di atas lantai kerana berada di musalla. Masa selama 4 jam dirasakan terlalu pantas walaupun berdiri sepanjang ceramah namun tidak meletihkan saya kerana respon positif para pelajar. Barakallahu fikum. Anda layak mendapat A Bahasa Arab dalam SPM kelak kerana komtimen dan ketekunan anda yang luar biasa.
 
Wajah-wajah ceria pelajar selepas ceramah
Ceramah teknik diselang-seli dengan perbincangan pelajar dalam perbengkelan untuk mengelakkan pelajar rasa mengantuk. Ternyata umumnya mereka cemerlang dalam menjawab soalan. Tahniah kepada seorang pelajar perempuan yang mendapat hadiah 1 set modul B Arab SPM kerana mampu menjawab soalan aras tinggi [I’rab]. Lupa nak tanya nama.
 
Menerima cenderamata daripada Ustaz Syed
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SMAASZA dan ustaz Syeikh Syed, ustazah Wan Mailan dan ustazah Azizah kerana sudi bersama saya sepanjang perbengkelan. Juga kerana sudi menerima modul saya untuk digunakan oleh semua pelajar di sana. Jazakumullah khairal jaza’.

In sya Allah kalau berkelapangan dan diberi peluang saya berazam akan hadir lagi ke sekolah hebat ini pada masa akan datang. Saya juga tidak akan lupakan pelajar-pelajar dan guru-guru di SMAASZA dan berusaha  membantu mereka dalam ilmu Bahasa Arab selagi diperlukan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share