02 Februari, 2013

Insyak SPM : Peranan Pelajar Dalam Membentuk Perpaduan Negara



AbuAqil aka AbuSakeena

Kelas tambahan semalam para pelajar dibekalkan karangan dalam bahasa melayu  dan mereka dikehendaki menterjemahkan ke dalam bahasa arab sehingga menjadi satu insyak. Mereka dibenarkan menggunakan kamus dan berbincang dengan rakan sebelah.

Tahniah dan syabas kepada anak-anak didik 5 Ibnu Sina kerana berjaya mengarang insyak tersebut dengan baik walaupun masih kurang yakin untuk membina ayat sendiri, leka dalam mengeja kalimah dan tidak memanfaatkan tasrif fe'el yang telah lama dihafal.

Kemahiran mengarang ini diharap akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk membina ayat sendiri dengan betul dan mengikut kaedah dan teknik yang diajar dan tidak bergantung kepada hafalan semata-mata.

Hasil pembentangan para pelajar dan setelah diperbaiki kesalahan-kesalahannya maka terhasillah satu insyak bahasa arab bersama teks bahasa melayu :


دور الطلاب في تكوين الالتئام الوطني
Peranan pelajar dalam membentuk perpaduan negara

لا شك ولا ريب أن بلادنا ماليزيا دولة آمنة وسليمة وسعيدة. إن هذا الأمن نتيجة من الالتئام الوطني. إن أبناء الوطن من الأجناس المتعددة كالملايويين والصينيين والهنود وغيرهم يعيشون في أمن وسرور وسعادة. يعيش شعب ماليزيا في تسامح وتفاهم وتعاون فيما بينهم.

أن الطلاب يلعبون دورهم لدوام الالتئام الوطني في دولتنا المحبوبة، على الطالب أن يعاشر الطلاب الآخرين من الأجناس المختلفة معاشرة حسنة.

الطلاب الذين يدرسون ويراجعون ويناقشون الدرس معا سيظهر المجتمع المتحاب وتقوية العلاقة والاتحاد بين الطلاب.

فعلى الطلاب أن يبتعدوا عن سوء الظن والحسد نحو الطلاب الآخرين، هذا سوء الأخلاق يؤدي إلى  التباغض والعداوة، هذا الأمر يؤدي إلى الافتراق والافتراق يؤدي إلى ضعف الأمة.

وبجانب إلى ذلك فعلى المدرسة أن تقيم الأنشطة الاجتماعية للطلاب من الأجناس المتعددة، هم يعملون ويتعاونون فيما بينهم لغرس روح التعاون والمحبة والثقة بالنفس.

وخلاصة القول لا بد لنا أن نشعر بالفخر والاعتزاز والفرح والسرور بالالتئام الوطني في بلادنا. علينا أن نجتهد لاستمرار أمن بلادنا وسعادتها، إن الالتئام الوطني أفضل شرط لسعادة الشعب الماليزي.


Tidak syak dan tiada keraguan sesungguhnya negara kita malaysia sebuah negara yang aman harmoni, sejahtera, bahagia. Sesungguhnya keamanan ini hasil daripada perpaduan negara. Anak-anak watan yang terdiri daripada berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain hidup dengan aman, gembira dan bahagia. Rakyat malaysia hidup dalam keadaan saling bertolak ansur, saling memahami dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Sesungguhnya para pelajar juga dapat memainkan peranan mereka untuk mengekalkan perpaduan negara di negara kita yang tercinta. Seorang pelajar hendaklah bergaul dengan pelajar lain sama ada melayu, cina, india atau sebagainya dengan pergaulan yang baik.

Para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum belajar, berbincang dan mengulangkaji bersama-sama.  Fenomena ini akan melahirkan masyarakat penyayang di sekolah dan akan melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat di kalangan pelajar.

Para pelajar juga hendaklah menghindarkan diri dari sangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar lain. Akhlak yang buruk ini akan membawa kepada benci membenci dan permusuhan. Perkara ini akan membawa kepada perpecahan dan perpecahan akan membawa kepada kelemahan ummah.

Di samping itu juga, pihak sekolah juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar pelbagai kaum. Mereka akan bekerja, membantu dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai di antara satu sama lain.

Kesimpulannya kita hendak berasa bangga dan gembira dengan perpaduan negara yang kuat di negara kita. Kita juga hendaklah berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kebahagiaan tanahair kita melalui perpaduan negara. Sesungguhnya perpaduan negara merupakan syarat utama untuk kebahagiaan rakyat malaysia.


*Kredit kepada Anis Zulaikha kerana meminjamkan teks insyak yang disalin.. :)

12 comments:

Anis berkata...

ustaz , Typo . Anis Zulaikha . Haha . ;)

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

beki doh anis weh.. ;)

Tanpa Nama berkata...

terbaik !

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, saya minta izin untuk copy insya' ini ya.. trimas

Tanpa Nama berkata...

assalam.. minta izin utk copy ya.. tq..

Cik Jatul berkata...

Salam, mnta izin utk cp boleh?

Unknown berkata...

Salam. Mints izin utk cp

Unknown berkata...

Saya pun small ingin ambik isinya

Tanpa Nama berkata...

salam, saya minta izin untuk copy ya. terima kasih

Unknown berkata...

Salam, ada tak karangan peranan pelajar dlm mbina msa depan negara?.

Unknown berkata...

woi

Che Adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share