AbuAqil aka AbuSakeena
Kelas tambahan semalam para pelajar dibekalkan karangan dalam bahasa melayu dan mereka dikehendaki menterjemahkan ke dalam bahasa arab sehingga menjadi satu insyak. Mereka dibenarkan menggunakan kamus dan berbincang dengan rakan sebelah.
Tahniah dan syabas kepada anak-anak didik 5 Ibnu Sina kerana berjaya mengarang insyak tersebut dengan baik walaupun masih kurang yakin untuk membina ayat sendiri, leka dalam mengeja kalimah dan tidak memanfaatkan tasrif fe'el yang telah lama dihafal.
Kemahiran mengarang ini diharap akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk membina ayat sendiri dengan betul dan mengikut kaedah dan teknik yang diajar dan tidak bergantung kepada hafalan semata-mata.
Hasil pembentangan para pelajar dan setelah diperbaiki kesalahan-kesalahannya maka terhasillah satu insyak bahasa arab bersama teks bahasa melayu :
دور الطلاب في تكوين الالتئام الوطني
Peranan pelajar
dalam membentuk perpaduan negara
لا شك ولا ريب أن بلادنا ماليزيا دولة آمنة وسليمة وسعيدة.
إن هذا الأمن نتيجة من الالتئام الوطني. إن أبناء الوطن من الأجناس المتعددة
كالملايويين والصينيين والهنود وغيرهم يعيشون في أمن وسرور وسعادة. يعيش شعب
ماليزيا في تسامح وتفاهم وتعاون فيما بينهم.
أن الطلاب يلعبون دورهم لدوام الالتئام الوطني في دولتنا
المحبوبة، على الطالب أن يعاشر الطلاب الآخرين من الأجناس المختلفة معاشرة حسنة.
الطلاب الذين يدرسون ويراجعون ويناقشون الدرس معا سيظهر
المجتمع المتحاب وتقوية العلاقة والاتحاد بين الطلاب.
فعلى الطلاب أن يبتعدوا عن سوء الظن والحسد نحو الطلاب
الآخرين، هذا سوء الأخلاق يؤدي إلى التباغض والعداوة، هذا الأمر يؤدي إلى الافتراق
والافتراق يؤدي إلى ضعف الأمة.
وبجانب إلى ذلك فعلى المدرسة أن تقيم الأنشطة الاجتماعية
للطلاب من الأجناس المتعددة، هم يعملون ويتعاونون فيما بينهم لغرس روح التعاون
والمحبة والثقة بالنفس.
وخلاصة القول لا بد لنا أن نشعر بالفخر والاعتزاز والفرح
والسرور بالالتئام الوطني في بلادنا. علينا أن نجتهد لاستمرار أمن بلادنا
وسعادتها، إن الالتئام الوطني أفضل شرط لسعادة الشعب الماليزي.
Tidak syak dan tiada
keraguan sesungguhnya negara kita malaysia sebuah negara yang aman harmoni, sejahtera,
bahagia. Sesungguhnya keamanan ini hasil daripada perpaduan negara. Anak-anak
watan yang terdiri daripada berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan
lain-lain hidup dengan aman, gembira dan bahagia. Rakyat malaysia hidup dalam
keadaan saling bertolak ansur, saling memahami dan tolong-menolong antara satu
sama lain.
Sesungguhnya para
pelajar juga dapat memainkan peranan mereka untuk mengekalkan perpaduan negara
di negara kita yang tercinta. Seorang pelajar hendaklah bergaul dengan pelajar
lain sama ada melayu, cina, india atau sebagainya dengan pergaulan yang baik.
Para pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum belajar, berbincang dan mengulangkaji
bersama-sama. Fenomena ini akan
melahirkan masyarakat penyayang di sekolah dan akan melahirkan perpaduan serta
kesatuan yang kuat di kalangan pelajar.
Para pelajar juga
hendaklah menghindarkan diri dari sangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar
lain. Akhlak yang buruk ini akan membawa kepada benci membenci dan permusuhan.
Perkara ini akan membawa kepada perpecahan dan perpecahan akan membawa kepada
kelemahan ummah.
Di samping itu juga,
pihak sekolah juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
melibatkan para pelajar pelbagai kaum. Mereka akan bekerja, membantu dan
tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memupuk semangat kerjasama dan
saling mempercayai di antara satu sama lain.
Kesimpulannya kita
hendak berasa
bangga dan gembira dengan perpaduan negara yang kuat di negara kita. Kita juga
hendaklah berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kebahagiaan tanahair kita
melalui perpaduan negara. Sesungguhnya perpaduan negara merupakan syarat utama
untuk kebahagiaan rakyat malaysia.
*Kredit kepada Anis Zulaikha kerana meminjamkan teks insyak yang disalin.. :)
12 comments:
ustaz , Typo . Anis Zulaikha . Haha . ;)
beki doh anis weh.. ;)
terbaik !
assalamualaikum, saya minta izin untuk copy insya' ini ya.. trimas
assalam.. minta izin utk copy ya.. tq..
Salam, mnta izin utk cp boleh?
Salam. Mints izin utk cp
Saya pun small ingin ambik isinya
salam, saya minta izin untuk copy ya. terima kasih
Salam, ada tak karangan peranan pelajar dlm mbina msa depan negara?.
woi
Catat Ulasan