15 Februari, 2013
Tujuh Amalan Pahala Berterusan
AbuAqil aka AbuSakeena
Terdapat satu hadis rasulullah saw yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bazzar dan dinilai hasan oleh Syaikh al-Albaniy. Hadis
tersebut menyenaraikan tujuh amalan yang mana pahalanya berterusan walaupun
pelakunya telah meninggal dunia. Lafaz hadis tersebut ialah :
سَبعٌ يَجرِي لِلعَبدِ أَجرُهُنَّ وَهُوَ فِي
قَبرِهِ بَعدَ مَوتِهِ مَن عَلَّمَ عِلْماً أَو أَجرَى نَهراً أو حَفَرَ بِئراً
أَو غَرَسَ نَخلاً أَو بَنَى مَسجِداً أَو وَرَّثَ مُصحَفاً أَو تَرَكَ وَلَداً
يَستَغفِرُ لَهُ بَعدَ مَوتِهِ
Maksud : “Terdapat tujuh perkaral yang pahalanya
akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia telah berada di dalam
kuburnya setelah kematiannya,
1- Orang yang mengajarkan ilmu,
2- Mengalirkan sungai,
3- Menggali telaga,
4- Menanam pokok kurma,
5- Membina masjid,
6- Mewakafkan mushaf( al-Quran)
7- Meninggalkan anak yang memohon keampunan untuknya
setelah dia meninggal.”
Kita hendaklah
berusaha untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang pahalanya berterusan. Semua amalan
yang disebut di atas mampu dilakukan walaupun bukan semua.
Orang yang
memiliki apa sahaja ilmu asalkan ilmu yang bermanfaat hendaklah berkongsi
sebanyak mungkin untuk mendapat kelebihan ini kerana ia tidak memerlukan wang
ringgit pun. Semua orang mampu melakukannya.
Ibubapa juga hendaklah mendidik anak-anak
agar menjadi hamba Allah yang bertakwa, beramal soleh serta mengajar mereka
agar sentiasa mendoakan untuk ibubapa walaupun mereka telah kembali
kerahmatullah.
Sementara amalan
mengalirkan sungai, menggali telaga, menanam pokok, membina masjid dan
mewakafkan mushaf memerlukan perbelanjaan wang ringgit. Namun lakukanlah
setakat yang kita mampu.
Semoga
hadis ini bermanfaat untuk kita semua dan semoga Allah membimbing kita semua
untuk berlumba-lumba mengejar pahala yang berterusan ini.
0 comments:
Catat Ulasan