22 Februari, 2013
Membaca Surah al-Kahf Hari Jumaat: Sunnah Yang Diabaikan
AbuAqil aka AbuSakeena
Semalam (malam Jumaat) selepas
berbuka puasa dan solat maghrib bersama ahli keluarga saya diberi petunjuk dan
kekuatan oleh Allah untuk membaca surah al-Kahf sepenuhnya. Alhamdulillah. Telah
lama saya berazam untuk mengamalkannya namun semalam baru dapat direalisasikan.
Surah ini merupakan salah satu surah dalam al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan dan
keutamaan sebagaimana sabdaan nabi saw. Akan tetapi surah ini terpinggir
daripada menjadi amalan kaum muslimin. Terutama membacanya hari atau malam Jumaat.
Kebanyakan orang Islam di Nusantara
membaca surah Yasin yang dikhususkan pada malam Jumat dengan harapan
mendapatkan keutamaannya. Namun sayangnya, semua hadis yang menerangkan
keutamaan surah Yasin tidak mencapai darjat sahih. Bukan tidak boleh
membacanya, amalan pengkhususan membaca surah Yasin pada malam Jumaat dan
mengabaikan surah yag sepatutnya dibaca iaitu surah al-Kahf bertentangan dengan
tunjuk ajar Rasulullah saw.
Mungkin ramai yang tahu keutamaan surah al-Khaf
namun tidak mampu membacanya kerana surah ini agak panjang iaitu mempunyai 110
ayat iaitu 11 muka lebih ( Mushaf Uthmaniy). Membaca surah ini secara
keseluruhan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Amat sesuai dibaca
selepas solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak.
Membaca surah al-Kahf ini dengan ikhlas, beriman
dan menghayati isi kandungannya serta berusaha mengamalkannya akan memperoleh keutamaan
yang sangat besar sebagaimana penjelasan yang disampaikan nabi saw.
Berikut ini akan dikongsikan hadis-hadis tentang
keutamaan surah Al-Kahf.
1- Peroleh
cahaya di antara dua Jumaat dan pada hari kiamat.
عَنْ أَبِى
سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« مَنْ قَرَأَ
سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ
الْجُمُعَتَيْنِ »
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra,
bahwa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al-kahf pada hari Jumaat,
maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Baihaqi dan dinilai
sahih oleh al-Albaniy)
Nur
(cahaya ) yang disebutkan dalan hadis di atas boleh jadi ‘nur ma’nawiy’ dengan
makna sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka ia akan menjadi
penghalang daripada melakukan maksiat, memberi petunjuk ke jalan yang benar di
antara dua Jumaat sebagaimana seseorang itu diterangi dengan cahaya.
Maksud
yang kedua bagi cahaya ialah ‘nur hissi’ dengan maksud sesungguhnya cahaya itu
menerangi wajahnya pada hari kiamat dan di dunia wajahnya juga bercahaya dan cantik.
Tafsiran yang kedua ini lebih tepat dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh
Ibnu Umar r.a :
من قرأ
سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم
القيامة، وغفر له ما بين الجمعتين. أخرجه المنذري في الترغيب والترهيب
“Sesiapa yang membaca
surah al-Kahf pada hari Jumaat maka cahaya akan menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan
menerangi untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua
Jumaat”. ( dinukilkan oleh al-Munziriy dalam al-targhib wa al-Tarhib)
2-
Penyelamat daripada fitnah Dajjal.
عَنْ أَبِى
الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ
آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من
آخر سورة الكهف ـ
Dari Abu Darda’ radhiyallahu
anhu, bahwa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama
dari surah Al-kahf, niscaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di
dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surah Al-kahf.” (Imam
Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi).
عن أبي سعيد
الخدري رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من قرأ سورة
الكهف كما أنزلت ، كانت له نورا يوم القيامة من مقامه إلى مكة ، ومن قرأ عشر آيات
من آخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه ، ومن توضأ ثم قال : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، كَتَبَ
فِي رَقٍّ ثُمَّ طُبِعَ بِطَابَعٍ فَلَمْ يُكْسَرْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ»
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra, ia
berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa membaca surah Al-kahf
sebagaimana diturunkannya, maka surah ini akan menjadi cahaya baginya pada hari
Kiamat dari tempat tinggalnya hingga ke Mekah. Dan barangsiapa membaca sepuluh
ayat terakhir dari surah Al-kahf lalu Dajjal keluar (datang), maka Dajjal tidak
akan membahayakannya. Dan barangsiapa berwudhu lalu ia mengucapkan;
“SUBHAANAKALLOHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA
WA ATUUBU ILAIKA” (artinya: Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu,
aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq diibadahi selain Engkau, aku
memohon ampunan dan aku bertaubat kepada-Mu), maka ia akan ditulis pada
lembaran putih yang bersih, kemudian dicetak dengan alat cetak yang tidak akan
robek sampai hari Kiamat.”(An-Nasa’i, Al-Tabarani, Al-Hakim,
dinilai sahih oleh al-Albaniy)
3- Peroleh
keampunan Allah di antara dua Jumaat
Maksud hadis riwayat Ibn Umar,
Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa yang membaca
surah al-Kahf pada hari Jumaat maka cahaya akan menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan
menerangi untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua
Jumaat”. ( dinukilkan oleh al-Munziriy dalam al-targhib wa al-Tarhib)
Demikianlah beberapa hadis sahih tentang keutamaan
dan keagungan surah Al-kahf. Mudah-mudahan kelebihan yang dikongsikan ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk sentiasa membacanya pada malam dan hari
Jumaat.
Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjukNya
kepada kita semua untuk mengamalkan surah al-Kahf pada setiap Jumaat.
Wallahu Ta’ala A’lam.
0 comments:
Catat Ulasan