07 Jun, 2012

Terus Berusaha Bakar lemak






Suasana di Kompleks belia dan Sukan Panji 
AbuAqil aka AbuSakeena

Pagi ini berazam untuk beriadah di tempat baru pula iaitu di Kompleks belia dan Sukan Kelantan yang terletak di Panji [ tidak jauh dengan JPJ]. Turun seawal jam 6.50 pagi selepas bersarapan ringkas dengan oat organik + whey protein + weight gainer. Target ialah untuk membakar lemak yang dimasukkan sepanjang cuti ini terutama gulai daging di tempat kenduri.

Tiba jam 7.15 pagi dan kelihatan lebih kurang 50-60 orang sedang beriadah. Ada yang berjalan kali [majoriti] dan ada yang berlari perlahan. Saya hanya sempat menghabiskan 13 pusingan sahaja iaitu 3 pusingan berjalan + 10 pusingan berlari perlahan. Alhamdulillah stamina dan kecergasan semakin baik. Lepas ini boleh kembali main badminton kot :).

Kelebihan beriadah di sini ialah dapat berlari dengan selesa dan selamat kerana trek yang rata dan lembut. keadaan ini boleh mengelakkan daripada tergelincir yang boleh menyebabkan buku lali terseliuh.

Kelemahannya pula ialah kemudahan hanyalah untuk berlari dan tiada taman permainan untuk kanak-kanak sebagaimana di Taman Perbandaran Tengku Anis. Sebab itulah saya hanya pergi seorang diri.

Pada pukul 8.oo pagi suasana sudah lengang kerana telah ramai yang pulang. mungkin mereka datang sebelum pukul 7.00 pagi. Bila orang tidak ramai maka 'mood' pun berkurang.

lebih kurang pukul 8.15 pagi hanya ada beberapa orang awam dan yang ramai ialah pelajar-pelajar IPG Kota Bharu yang datang berlatih untuk kejohanan barangkali.

Terima kasih kepada abang War yang 'rekemen' untuk berjoging di Kompleks ini. Semoga usaha ini akan memberi kebaikan untuk kehidupan dunia dan akhirat saya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share