08 Jun, 2012
Mangsa Kerakusan Politik Dungu
AbuAqil aka AbuSakeena
Saya memang tidak suka menulis topik berkaitan dengan
politik. Tidak pernah ada posting berkaitan dengan politik di dalam blog ini. Ini
yang pertama. Sangat tidak berminat. Namun
pada pagi ini bila membelek beberapa isu politik terkini perasaan sedih, kecewa
dan sangat bersimpati memaksa saya menulis juga isu politik.
Isunya ialah pelajar-pelajar baru Universiti Selangor
(UNISEL) dibekukan pinjaman oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan disahkan oleh
menterinya. Rujuk link.
Pembekuan itu
bertujuan memberi peluang kepada kerajaan negeri [pemilik universiti tersebut]
dapat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.
Bayangkan anda sendiri yang menjadi pelajar tersebut
atau anak anda, atau sanak saudara anda atau anak didik anda. Apa perasaan
anda? Niat mereka untuk menuntut ilmu terbantut hanya kerana politik tidak
matang pihak tertentu.
Mereka menjadi mangsa kerakusan politik tanahair. Apa salah
dan dosa mahasiswa tersebut? Ada di kalangan mereka yang tidak tahu apa-apa
pasal politik, tidak pernah mencampuri hal politik namun terperangkap dalam
situasi tersebut. Sangat kasihan.
Sehingga dilaporkan ada pelajar yang berniat untuk
berhenti belajar dan ada yang ingin berpindah ke Universiti lain. Rujuk link.
Isu ini tidak
pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Diharap pembekuan pinjaman
tersebut tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan bijaksana agar rakyat
dapat meneruskan impian murni untuk menggapai segulung ijazah sebagai memenuhi
harapan orang tua.
Tulisan ini tidak berniat untuk menyokong atau mencela
mana-mana pertubuhan politik tanahair tetapi hanyalah cetusan rasa simpati luahan
hati seorang rakyat marhaen terhadap mangsa kezaliman politik dungu.
2 comments:
alhamdulillah...sekatan ditarik balik..
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PTPTNtarikbaliksekatanpinjamankeataspelajarUnisel/Article
Catat Ulasan