16 Jun, 2012
EURO 2012 : Jangan Sampai Mengabaikan Amanah
AbuAqil
aka AbuSakeena
Kini
tiba lagi musim orang ramai terutama kaki bola berjaga malam kerana menyaksikan
perlawanan bola sepak secara langsung dari poland-Ukraine. Maka ramailah yang
mengantuk pada keesokan harinya menyebabkan kewajipan dan amanah terabai. Ada
pelajar yang tersenguk-senguk semasa guru mengajar, guru yang tidur di bilik
guru kerana mengantuk, kakitangan pejabat yang kurang produktif dan sebagainya.
Semuanya kerana berjaga malam.
Diingatkan
hobi jangan sampai menyebabkan kita mengabaikan ‘hardcore business’. Tidak salah
untuk berjaga malam namun pastikan tugas harian kita tidak terabai. Satu lagi
amanah yang terganggu diakibatkan tidak cukup tidur ialah tubuh badan kita. Menjaga
kesihatan adalah wajib.
Berikut
adalah kajian yang menunjukkan bahaya dan mudarat tidak memberikan rehat yang
cukup kepada badan.
1
kajian dijalankan dan dipamerkan di bawah tajuk Cell
Metabolism menggunakan
2 kumpulan tikus. Satu kumpulan diberi makan sebanyak yang ia mahu sepanjang
hari dan satu lagi kumpulan diberi jumlah yang sama tetapi pada waktu malam
sahaja. Tikus berbeza masa aktifnya berbanding manusia yang mana
bebanyakan aktif pada waktu siang. Kumpulan mana yang tambah berat?
Kajian menunjukkan
kumpulan yang makan sepanjang hari berakhir dengan irama circadianyang
lemah dan menjadi gemuk walaupun mereka makan jumlah kalori yang sama dengan
satu kumpulan lagi yang hanya makan untuk satu jangka masa dan berpuasa untuk
satu jangka masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesan buruk lain
seperti intoleransi glukosa, masalah koordinasi motor dan sebagainya.
Badan
kita direka untuk berpuasa semalaman. Otak kita perlu berehat di waktu malam.
Perut dan sistem penghadaman badan perlu berehat dari memproses makanan. Jika
ia berterusan bekerja, organ-organ kita akan berada dalam keadaan keletihan
metabolik.
Cuba
bandingkan dengan kehidupan dan budaya kita sekarang. seseorang yang balik
berehat di rumah dengan seorang yang melepak di kedai mamak tonton bola
sehingga lewat malam. Kecenderungan untuk menambah kalori itu sentiasa ada
ketika lepak di kedai mamak. Lebih baik kalori tambahan itu dimasukkan di waktu
siang dan beri badan rehat di malam hari, atau bergantung pada syif kerja anda.
1 comments:
postingan yang bagus tentang
EURO 2012 : Jangan Sampai Mengabaikan Amanah
Catat Ulasan