15 Mei, 2012

Filem Aspirasi Bagi Pelajar, Guru dan Ibubapa




AbuAqil aka AbuSakeena

Semalam kali ketiga [kalau tidak silap saya] menonton filem CJ7 arahan dan lakonan pelakon filem komedi Hong Kong terkenal iaitu Stephen Chow. Filem ini disiarkan oleh TV3 pada malam tadi. 


Sebelum ini filem-filem beliau berunsurkan komedi dan aksi seperti Shaolin Soccer, Kung Fu Hustle dan lalin-lain namun filem CJ7 Stephen Chow menggabungkan unsur komedi dan unsur sentimental yang menyentuh perasaan.

Saya yakin semua penonton yang menyaksikan filem tersebut pasti akan menitiskan air mata terutama ketika babak si anak (lakonan Jiao Xu)menghadapi ‘kematian sementara’ bapanya. Sungguh menyayat hati.

Saya tidak ingin mengulas mengenai jalan cerita tersebut cuma ingin membuat konklusi tentang pengajaran yang boleh diambil oleh pelajar, guru dan ibubapa.

Moral untuk pelajar

-  Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya

- Jangan mengharapkan keajaiban untuk berjaya dalam pelajaran

- ibubapa anda sanggup lalukan apa saja untuk pastikan anda mendapat pendidikan yang sempurna

- Harapan ibubapa sangat tinggi untuk melihat anaknya mencapai kejayaan

- Jangan biadap dengan ibubapa dan guru, atau anda akan menyesal satu masa nanti

- jangan terpengaruh dan bergaul dengan kawan yang jahat

- Jangan membuli pelajar lain

Moral untuk guru

- Berusaha menyelidiki masalah pelajar

- Jangan cepat menghukum pelajar tanpa usul periksa

- Berbincang dengan ibubapa mengenai masalah anak didiknya

- Jangan menghina pelajar dengan kata-kata atau perbuatan yang boleh menyinggung perasaannya

- Sabar dan tabah menghadapi musibah kehidupan

Moral untuk ibubapa

- Berusaha mencari rezeki halal untuk menyara keluarga

- Mendidik  anak agar bersikap jujur dan menjauhi akhlak tidak bermoral

- Memahami kehendak anak dan cuba memenuhinya jika mampu

- Menegur  kesilapan anak dengan hikmah

- Menangani masalah disiplin dengan hukuman fizikal

- Sentiasa berbincang dengan guru mengenai pendidikan anak

- Pastikan anak tidak bergaul dan tidak terpengaruh dengan pelajar tidak bermoral


- Bersikap mesra dan bergurau senda dengan anak-anak

Saya amat tertarik dengan filem ini kerana banyak motivasi dan iktibar untuk diri saya sebagai seorang bapa dan guru. Filem ini patut ditonton oleh pelajar , guru dan ibubapa kerana filem ini mempunyai banyak  nilai murni yang boleh dijadikan panduan hidup.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share