04 Mei, 2012

Antara Dua Wajah



Ada beza ke? sama je. gambar februari dan terkini (bawah)


AbuAqil aka AbuSakeena

“Ustaz! Bakpo kurusnye loni?”, tegur ramai anak murid.

Nampak slim la ustaz ”, Sapa beberapa orang guru.

Lama betul saya tidak update blog laman ilmu ini ekoran rasa malas dan sibuk dengan komitmen ber’online’ mencari informasi kesihatan dan workout.

Pada 29 April 2012 lepas saya secara rasminya kembali ke sekolah setelah bercuti selama 6 minggu. Beberapa ucapan di atas merupakan teguran yang biasa saya terima bila bertemu dengan orang yang pernah mengenali saya sebelum ini.

Betul ke saya telah semakin kurus?  Kenapa? Ada penyakit kencing manis ke?

Realitinya memang betul saya telah susut berat badan sebanyak 5 kg dalam masa 6 minggu. Seluar semua menjadi longgar dan tali pinggang juga terpaksa ditebuk lubang yang lain. Perut yang boroi, buncit  pun sudah tiada.

Bukan kerana ada penyakit diabetes. Tapi kerana saya sengaja untuk menurunkan berat badan untuk mendapat berat badan ideal dan melakukan tranformasi diri ke arah mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat.

Apa yang telah saya lakukan?

Sejak saya melakukan angiogram pada 18 Mac lepas saya mula berpantang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. cuba sedaya upaya menghindari makanan bersantan, berminyak, makanan berkalori dan kandungan gula tinggi.

Masih lagi makan nasi tapi kuantiti yang sedikit. Makan kerap tapi hanya sedikit. Kalau dulu hanya 3 kali sehari sekarang 6 atau 7 kali sehari.

Saya juga kerap melakukan senaman sama ada senaman kardiovaskular seperti joging, senaman menggunakan berat badan atau senaman bebanan menggunakan dumbbell dan beberapa alat lain.
Diharap tranformasi ini akan berterusan walaupun amat sukar untuk dilaksanakan terutama bila mula bertugas di sekolah yang sibuk dengan pelbagai tugas dan amanah. Amat berbeza semasa bercuti.
Ketahuilah tiga asas kesihatan ialah pemakanan, senaman dan rehat yang cukup.

Kesihatan tubuh badan saya telah berada pada tahap yang baik. Telah mampu untuk berlari pantas dengan larian pecut. Cuma terasa cepat lenguh di kaki. Mungkin masalah salah teknik larian menyebabkan masalah pada otot betis. Namun untuk bermain badminton masih belum berani dan bersedia. Masih trauma dengan apa yang menimpa dulu.

Sepanjang cuti yang lepas banyak ilmu kesihatan dan ‘workout’ yang ditimba melalui internet. Lalu saya cuba praktikkan untuk diri dan ahli keluarga. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan dirasakan amat selesa dengan perubahan positif ini.

Buat masa ini saya masih berusaha untuk menurunkan  berat badan sebanyak 5 kg lagi walaupun terasa semakin sukar kerana pada masa yang sama otot juga akan terbentuk bila dilakukan senaman bebanan. Tak kisah yang penting dapat membakar lemak di bahagian pinggang yang masih berbaki disamping membina otot untuk meningkatkan metabolisme.

Sayan juga mengambil beberapa suplement tambahan yang dirasakan perlu seperti multivitamin, whey protein, flaxseed oil  [lemak omega 3], minyak zaitun [lemak omega 9] dan madu.

Semua ikhtiar saya ini akan dapat diketahui hasilnya pada bulan depan iaitu bila akan dilakukan pemeriksaan kadar kolesterol. Semoga mendapat khabar yang mengembirakan. Insya Allah. Doakan saya selalu.

5 comments:

6196 berkata...

btul ustz..ustz nmpk kurus skit..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

kurus ckit je...lemak masih banyak esp kat perut :)

aenn3995 berkata...

ustz sudah mkin hensem....hehe...

Anis berkata...

ustaz , memey kohoe kurus pom . :)

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

Aenn...ayat ngepom tuh.dop la..semakin tuo baru betol.
aNis...kurus ckit jah.lps ni bulat plk..:)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share