18 April, 2012

Setelah Sebulan Berlalu…




Merenung nasib anak-anak 'angkara' dosa bapa


AbuAqil aka AbuSakeena

“Awak adalah perintis masalah jantung kepada anak-anak awak”. Lepas ini awak kena jaga pemakanan anak-anak agar tidak diserang sakit jantung”, jelas seorang doktor pada hari kedua setelah angiogram.

Ucapan doktor ini sentiasa terlintas di fikiran. Wahai anak-anak tercinta, Maafkan abah. Kerana kelekaan dan dosa abah menyebabkan kalian semua digelar genetik mempunyai masalah jantung. Amat kesal dan rasa bersalah.

Hari ini 18 April 2012, genap sebulan saya berdepan ujian paling getir dalam hidup. Tanggal 18 Mac 2012 pasti diingati sampai bila-bila. Hari penting dalam sejarah hidup setelah melalui ujian yang Maha Bijaksana. 

Teguran Allah untuk hambaNya yang alpa. Amaran dan balasan kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga amanah. Amanah menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan adalah wajib ke atas setiap insan. Jasad yang sempurna kurniaan Allah tidak sepatutnya kita musnahkan dengan memakan semua yang boleh ditelan.

Alhamdulillah ujian itu telah mengubah diri ini. Berubah untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang. Agar anak-anak tidak akan mengalami masalah yang saya hadapi. Diet berubah demi menjaga amanah Allah. Hanya yang Tayyiban sahaja ditelan. Buka halal semata-mata.

Semasa temujanji semalam di HUSM dengan bahagian ujian klinikal, saya bertanya kadar kolesterol dalam darah saya. Telah lama sebenarnya ingin tahu. Semasa dalam wad CCU, doktor memaklumkan kolesterol saya tinggi namun saya tidak bertanya berapa bacaannya.

Doktor Ng Seng Loong yang mengetuai operasi angiogram saya dulu memberitahu semalam total bacaan kandungan kolesterol ialah 6.7. Dengan kadar kolesterol jahat ( LDL) 4.7. sepatutnya 1.8. sangat  tinggi. Itulah penangan tidak jaga pemakanan.

Saya tidak sabar untuk membuat pemeriksaan kolesterol terkini setelah berpantang sebulan yang lalu. Saya dimaklumkan akan dilakukan dalam temujanji akan datang iaitu pada 20 Jun 2012. Insya Allah.

Memang diakui sebelum ini saya tidak prihatin tentang penjagaan pemakanan walaupun tahu mudarat makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol. Namun pemakanan saya juga seperti orang lain. Saya bukan perokok. Saya juga aktif beriadah 2 atau 3 kali seminggu. Semua asbab tersebut bukan penghalang untuk takdir Allah ini.

Allah Maha Bijaksana. Dia menyembunyikan beribu hikmah di sebalik ujianNya. Yang pasti ujian tersebut untuk kebaikan diri ini. Pasti dan yakin.

2 comments:

hamba Allah berkata...

syafakillah ustaz.

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

Allahu yasyfiika ya diyana...syukran lak

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share