17 Mei, 2012

Alhamdulillah, Hadiah Hari Guru Paling Bermakna




AbuAqil aka AbuSakeena

16 Mei dipilih sebagai tarikh untuk meraikan sambutan Hari Guru setiap tahun. Saya menerima sms daripada bekas anak-anak didik bermula tengah malam sehinggalah tengah malam berikutnya. Terima kasih kepada anak-anak didik yang masih mengingati. Doakan ustaz setiap masa.

Pada petang semalam saya menerima satu sms daripada rakan setugas En. Syarifuddin Murni yang memaklumkan bahawa permohonan untuk kenaikan pangkat ke DG44 telah dapat disemak di website KPM. Saya terus online dah membuat semakan. Alhamdulillah, permohonan saya pada Januari lalu telah berjaya. Tarikh kenaikan pangkat ialah pada 14 Januari 2012. Alhamdulillah ya Rabb al-Razzaq ya al-Wahhab.

Kenaikan pangkat ini merupakan  hadiah sambutan tahun baru paling bermakna buat saya yang telah bergelar guru selama 9 tahun lebih iaitu berkhidmat di 5 buah sekolah termasuk sekarang iaitu SMK Dato' Perdana. Mula bergelar guru secara rasmi pada 2 Jan 2004 di SMK Taman Johor Jaya, JB selama setahun. Kemudian berkelana di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highland selama setahun setengah.

Mula berkhidmat di negeri sendiri pada Julai 2006 di SMK Penambang, Kota Bharu selama setahun setengah sebelum berpindah ke daerah Bachok di SMK Putri Saadong. Pada tahun lepas berhijrah pula ke sekolah SMK Dato' Perdana semata-mata untuk menimba ilmu Bahasa Arab Tinggi walaupun saya bukanlah pemegang ijazah B. Arab. bergantung sepenuhnya kepada minat yang mendalam kepada bahasa kalam Allah.

Sgala puji bagi Allah yang sentiasa memakbulkan doa hamba yang serba daif ini dan sentiasa mempermudahkan urusan pertukaran dengan asbab yang tidak seberapa.

Semoga rezeki Allah ini akan menaikkan semangat untuk terus mendidik saudara seagama ke arah kebaikan umumnya dan berkongsi ilmu Bahasa Arab khususnya.

1 comments:

Hunny berkata...

Tahniah, semoga menjadi seorang guru yang berjaya

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share