”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.
10 April, 2012
Awasi Kolesterol Dalam Tubuh Anda!
kolesterol…istilah yang
biasa kita dengar. Namun adakah kita benar-benar mengenalinya? Adakah kita
benar-benar berusaha untuk menghindarinya dalam pola pemakanan seharian kita. Kalau
tidak, lebih baik anda berhati-hati kerana benda ini merupakan penyebab
seseorang di serang stroke atau serangan
jantung… AbuAqil aka AbuSakeena
-----------------------------------------------------------
APABILA bercerita
mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi
dikatakan akan berdepan dengan masalah ini.
Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan
seseorang.
Jadi tidak pelik jika
seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman
berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada
dalam saluran darah.
”Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian
darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL),
Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat
mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh,” katanya.
Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol
dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.
”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.
Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan
membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke
pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu
menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.
Mazuin memberitahu, ini penting kerana
kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau
strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini.
PEMAKANAN SELAMAT
Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan
setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.
“Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu
seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat
dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat
(LDL),” katanya.
Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang
mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam
makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan
makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang
mengandungi kolesterol jahat (HDL).
Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana
ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL).
“Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula
dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan
tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),” katanya.
Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah
berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.
Jelas Mazuin antara makanan jenis lemak tak
tepu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang,
jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru,
tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).
Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang
berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng
dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.
”Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin
memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,”
katanya.
Selain itu, katanya elakkan menggunakan
menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak
tepu.
”Toskan dan keringkan minyak daripada makanan
bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,” katanya.
Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan
bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.
Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam
seminggu iaitu mengukus, membakar, merebus dan sebagainya dan gunakan
kuali tidak melekat.
Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan
santan dengan susu rendah lemak.
Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, oleh Sholina Osman
0 comments:
Catat Ulasan