11 April, 2012

Adakah Berat Badan Anda Unggul, Kurus Atau Gemuk?



AbuAqil aka AbuSakeena

Tubuh badan yang gemuk terdedah kepada pelbagai penyakit yang berbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, gout, serangan jantung dan macam-macam penyakit lagi. Berapakah berat badan unggul  yang disifatkan sebagai normal dan sihat? Ia bergantung kepada ketinggian anda.

Untuk mengukur berat badan yang ideal,  anda perlu tahu berat badan dan tinggi semasa. “Alah, saya tak tahu la berat badan dan tinggi saya berapa?”. Ini alasan yang tidak boleh diterima. Di pusat belah sekarang banyak diletakkan alat penimbang 2 dalam 1. Masukkan 2 keping syiling 20 sen maka ia akan terus memaparkan berat dan tinggi anda. Mudah bukan?

Cara mengira berat badan ideal  atau  Body Mass Index [BMI] ialah :

BMI   = BERAT (kg)  
           TINGGI X TINGGI (m2)

Contoh :

Berat badan saya ialah 66 kg dan tinggi 164 cm. tukar cm kepada meter maka menjadi 1.64m.

    66
1.64 x 1.64

=   66
2.6898

= 24.5

Jadi BMI saya ialah 24.5. rujuk jadual di bawah untuk tahu termasuk dalam kategori mana.

BMI
KLASIFIKASI

KURANG 18.5
18.5 – 24.9
25 – 29.9
30 ke atas

Kurus/ kurang berat badan
Normal / berat badan ideal
Gemuk/ berat berlebihan
Obesiti [Awas, anda dalam bahaya]

Saya termasuk dalam kategori normal atau berat badan ideal tetapi lebih hampir kepada berat badan berlebihan. Oleh itu saya kena turunkan berat badan agar menjadi 60 kg. insya allah akan diusahakan.

Atau lebih mudah anda isi sahaja berat badan dan tinggi semasa anda dalam jadual KIRAAN BMI di sebelah kanan :-------------------------->>>>>>>>>>>

Sekarang anda telah mengetahui anda termasuk dalam golongan yang mana. Sekira anda ‘overweight’ maka anda patut bimbang kerana kemungkinan anda akan diserang penyakit kronik satu masa nanti. Apa perlu dilakukan? Mulakan cara hidup baru iaitu :

- Banyakkan aktiviti fizikal seperti bersukan

- Amalkan pemakanan yang sihat. Kawal nafsu makan anda daripada mengambil makanan yang berlemak, kolesterol tinggi atau berminyak.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Beringat sebelum anda jatuh tumbang diserang penyakit. Menjaga pemakanan merupakan asas penjagaan kesihatan kerana penyakit bermula di perut yang disumbat dengan pelbagai racun dan toksik.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share