24 Januari, 2012
Ucapkanlah ‘Jazaakallahu Khaira’
AbuAqil aka AbuSakeena
Mungkin anda pernah mendengar seseorang mengucapkan
ucapan ‘Jazaakallahu Khaira’.
Ucapan ini sebenarnya menepati ajaran sunnah Rasulullah
saw. Iaitu ucapan yang dilafazkan bila seseorang melakukan kebaikan kepada kita.
Sebagaimana hadis Nabi saw yang bermaksud :
Sesiapa yang melakukan kebaikan kepadanya
maka hendaklah dia berkata kepada orang tersebut : Jazaakallahu Khaira’. Maka dia
telah memenuhi segala pujian.[al-Tirmizi dan al-nasa’i]
Maksud ucapan ini ialah
Semoga Allah membalas kepada anda dengan kebaikan. Kesilapan yang biasa berlaku
di kalangan kita ialah ucapan hanya ; Jazaakallah’ tanpa ‘khaira’. Ini adalah
tidak lengkap kerana tidak tahu apa yang hendak dibalas.
Ucapan ini merupakan
amalan Nabi saw dalam banyak hadis. Antaranya satu hadis yang panjang lebar di
mana Nabi saw mengucapkan kepada
golongan Ansar ( penduduk asal Madinah) dengan sabdanya :
“ Jazaakumullahu khaira’
[semoga Allah membalas kepada kamu dengan kebaikan].Sesungguhnya kamu sangat
menjaga maruah diri dan sabar.[al-Hakim dan Ibn Hibban]
Saidina Umar berkata : Sekiranya
salah seorang dari kamu mengetahui apa yang akan diperolehi bila diucapkan kepada
saudaranya ucapan “jazaakallahu khaira’ nescaya dia akan memperbanyakkan ucapan
itu antara satu sama lain.
Ucapan ini merupakan amalan kebiasaan para sahabat dan
tabi’in. oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah Nabi saw ini. Semoga
Allah memberi taufik kepada kita.
2 comments:
As'salamualaikum , iznkn sya share . jazakallahu khaira . trma ksh
Tafaddhaliy Bella..dialu2kan.Jazaakallahu khaira bella krn rajin jengok blog ni.. :)
Catat Ulasan