23 Januari, 2012
Jangan Jadi manusia Paling Lemah dan Paling Bakhil
AbuAqil
aka AbuSakeena
Tahukah
anda siapakah manusia paling lemah dan manusia paling kedekut?. Orang paling
lemah bukan seorang yang tiada kekuatan tenaga fizikil, tubuh lemah longlai dan
orang yang paling kedekut bukan kedekut duit atau harta benda. Jawapannya
terkandung dalam sabdaan Nabi saw yang bermaksud :
أَعْجَزُ
النَّاسِ مَنْ عَجِزَ فِي الدُّعَاءِ، وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ
“Selemah-lemah
manusia adalah orang yang lemah (malas) berdo’a kepada Allah. Dan
sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam.” [al-Tabarani,
disahihkan oleh al-Albani]
Orang yang malas untuk berdoa memang layak dipanggil
manusia paling naif. Kerana ibadat yang paling mudah dilaksanakan ialah berdoa.
Tidak perlu berwuduk, tidak perlu berada di atas sajdah. Tadah sahaja tangan
dan memohon hajat kepda Allah.
Orang yang berdoa tidak pernah rugi kerana pasti orang
tersebut akan mendapat kebaikan sama ada ada doanya diterima oleh Allah atau
dia diselamatkan daripada musibah atau akan mendapat balasan pahala di akhirat.
Sebagaimana sabda Nabi saw :
“Tiada seorang muslim pun
yang memohon (kepada Allah Ta’ala) dengan doa yang tidak mengandung dosa
(permintaan yang haram), atau pemutusan hubungan (baik) dengan
keluarga/kerabat, kecuali Allah akan memberikan baginya dengan (sebab) doa itu
salah satu dari tiga perkara: [1] boleh jadi akan disegerakan pengabulan
doanya, [2] atau Allah akan menyimpannya untuk kebaikan (pahala) baginya di
akhirat, [3] atau akan dihindarkannya dari keburukan (bencana) yang sesuai
dengannya”. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum berkata: Kalau begitu,
kami akan memperbanyak (doa kepada Allah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa salalm bersabda, “Allah lebih luas (rahmat dan kurniaanNya)”. ( Imam
Ahmad disahihkan oleh al-hakim, Ibn Hajar dan al-Albaniy)
Begitu juga dengan amalan
memberi salam. Amalan yang sangat mudah namun amat berat untuk melafazkannya
sedangkan amalan ini sangat besar ganjarannya iaitu syurga. Sabda Nabi saw :
“Kamu tidak
akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman (dengan iman
yang sempurna) hingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada salah
satu amalan yang apabila kamu laksanakan, maka kamu akan saling mencintai? (iaitu),
sebarkanlah salam di antara kamu.” [Imam Muslim]
Semoga
Allah memberi petunjuk kepada kita untuk mengamalkan dua sunnah rasulullah saw
besar ini.
1 comments:
As'salamualaikum , izinkan saya share . terima kasih
Catat Ulasan