05 Julai, 2011

Hargailah Nikmat Sihat




AbuAqil aka AbuSakeena

Agak lama tidak update blog ini. Macam biasalah bila tiba waktu sibuk. Ditambah pula sejak akhir-akhir ini kesihatan agak terganggu. Mungkin disebabkan faktor usia. Tahun ini dah beberapa kali demam serta batuk yang kuat menyebabkan kehilangan suara. Bayangkan apa lagi yang mampu dilakukan oleh seorang guru bila suaranya hilang.tanpa suara, pasti tidak sempurna P&P seorang guru.

Semasa kursus di KL dua tiga hari lepas kena lagi demam selsema dan batuk. Amat-amat tidak selesa. Tubuh jadi sangat letih. Habis sahaja kursus terus tidur untuk dapatkan tenaga. Namun tubuh masih lemah sehinggalah pulang ke rumah. Tumpuan semasa kursus pun agak terganggu bila nikmat sihat ditarik oleh Allah.

Kesihatan merupakan nikmat Allah yang tiada bandingan. Kesihatan jauh lebih bermakna daripada kekayaan. Hadis Nabi saw bermaksud :


Tidak mengapa seseorang itu kaya asalkan bertakwa. Sihat bagi orang yang bertakwa itu lebih baik dari kaya. Dan hati yang bahagia adalah sebahagian daripada nikmat.” [Ibnu Majah, Imam Ahmad]

Kita akan menghargai nikmat sihat bila sentiasa ditimpa sakit, demam, Batuk, pening dan sebagainya. Sungguh besar nikmat sihat. Ia tidak dapat diukur dengan wang ringgit.
Rasulullah saw pernah berdoa memohon kesihatan yang sempurna iaitu :

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu. [Imam Muslim]

Hargailah nikmat sihat anugerah Allah sebelum tiba masa sakit. Jangan disalahgunakan nikmat sihat itu dengan melakukan kemungkaran kepadaNya. Amat-amat tidak mengenang jasa dan melampau. Allah dengan KudratNya mampu merampas nikmat sihat itu sekelip mata.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan nikmat sihat kepada kita semua agar dapat memikul tanggungjawab sebagai hambaNya dengan sempurna serta dapat meneruskan seruan kepada ilmu dan kebaikan sepanjang masa.  Semua itu tidak mampu dilakukan sekiranya sakit sentiasa menimpa kita. Semua aktiviti tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share