25 Jun, 2011

Orang Mukmin Mesti 'Power'




AbuAqil aka AbuSakeena



Kenapa orang Islam dikaitkan dengan lemah, malas, tidak bersemangat dan sebagainya?. Padahal Rasulullah saw dalam satu hadis memberi motivasi kepada kita agar sentiasa cergas, kuat dan bermotivasi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin.

Hadis sahih riwayat Imam Muslim tersebut berbunyi :
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah.

Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “Seandainya” membuka pintu perbuatan syaitan.

Di antara pengajaran hadis ini:
1-Allah menyukai mukmin yang kuat, bersemangat dan hebat dari semua sudut.
2-Kita hendaklah berusaha agar menjadi insan cemerlang, komited dan berdedikasi.
3-Setiap insan mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri.
4- Sentiasa berusaha mencari kebaikan utk kehidupan dunia dan akhirat.
5-Sentiasalah bergantung kepada Allah dan memohon pertolongannya setiap masa.
6- Jangan mudah berputus asa dan mengalah bila ditimpa sesuatu kegagalan.
7- Jadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran.
8- Menerima ketetapan Ilahi dengan positif.
9- Tidak menyesal dengan tindakan lalu dan berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
10. Tidak memberi ruang kepada syaitan untuk menyesatkannya.

Semoga hadis ini dapat dijadikan pedoman agar kita dapat berusaha menjadi mukmin sejati yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


1 comments:

Malaysia Largest Car Classified berkata...

nice blog!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share