|
Semoga Allah sentiasa menjaga Aqil |
AbuAqil aka AbuSakeena
Anak merupakan anugerah paling berharga bagi setiap insan. Kehadirannya pasti menceriakan setiap suami isteri. Setiap ibubapa pasti menginginkan anaknya selamat daripada sebarang gangguan terutama anak kecil yang baru dilahirkan yang mudah terkena gangguan syaitan dan sebagainya.
Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.
Rasulullah saw pernah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, baginda saw membaca:
أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”[ Imam al-Bukhari]
Sekiranya anak anda lelaki maka tukar perkataan yang bergaris dengan (أُعِيْذُكَ ) dan anak perempuan dengan (أُعِيْذُكِ )
Semoga dengan berkat doa nabi saw ini si anak sentiasa terselamat daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.
0 comments:
Catat Ulasan