07 Jun, 2011

Epi Bezday : Ya Allah, Afiatkanlah Sakeena Sepanjang Masa






AbuAqil aka AbuSakeena

Hari ini 7 Jun 2011 merupakan hari jadi puteri kesayangan Nur Syaza Sakeena. Kelahiran zuriat yang ketiga  ini lima tahun yang lalu sangat istimewa. Kelahirannya menjadi asbab saya dapat bertukar ke Kelantan setelah bertugas di SMKSAS, Tanah Rata Cameron Highlands selama setahun setengah.

Semuanya kerana ‘keistimewaan’ yang menyebabkan terpaksa di’operate’ ketika berusia 18 hari ekoran masalah tulang belakang dan ada kaitan dengan malalah saraf. Begitulah betapa besarnya ujian yang ditempuhi dalam menerima kelahiran puteri ini. Hanya Allah yang tahu perasaan ini ketika dimaklumkan pada pertama kali dulu. Perasaan gembira dan teruja  kerana mendapat cahaya mata bercampur dengan kecewa dan kecewa. Namun semuanya diterima sebagai ketentuan Allah dan mempunyai seribu hikmah di sebaliknya.

Setelah bertahun-tahun berulang-alik ke hospital, akhirnya Sakeena semakin baik dan diharap Allah sentiasa menjagaNya dan mengurniakan kesihatan yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun Sakeena pada zahirnya Nampak normal,sebenarnya dia masih mempunyai masalah saraf yang mungkin berkekalan sampai bila-bila iaitu masalah tidak dapat mengawal buang air kecil dan besar.


Namun Alhamdulillah Sakeena  seorang anak yang tabah. Dia tiada masalah untuk belajar di Tadika seperti kanak-kanak yang lain walaupun dia tidak seperti kanak-kanak lain. Aku sangat-sangat bersyukur di atas nikmat ini walaupun sentiasa bimbang tentang masalah kesihatannya.


Dia sentiasa ceria dan langsung tiada masalah dalam membesarkannya. Cuma kadang-kadang dia mengamuk juga bila diusik oleh Aqil yang agak ‘nakal’. Hobinya ialah mewarna dan main ‘masak-masak’.

Dia juga tidak dapat berenggang dengan kakaknya iaitu Aqilah Ahla. Aqilahlah  ‘mama’ Sakeena yang kedua. Kalau kakaknya tiada pasti dia akan mencari dan menangis kecuali Aqilah pergi ke sekolah.

Bersama kakak kesayangannya, Aqilah Ahla
Semoga Allah sentiasa merahmati Sakeena, mengurniakan kesihatan yang sempurna dari semasa ke semasa  serta menjadikannya seorang hamba Allah yang solehah dan bertakwa. Semoga Allah juga tidak menguji kami dengan ujian yang tidak mampu kami pikul.


Selamat Hari Jadi Puteriku….Sakeena Sayang!



*** Dapat berita baik…Acik Ja melahirkan anak perempuan pada pukul 2.00 pagi tadi. Maka tarikh lahir anak saudara baru ini sama dengan sepupunya Sakeena…Alhamdulillah dapat anak saudara baru.

1 comments:

jasonbob berkata...

jordan retro
converse
balenciaga sneakers
adidas superstar shoes
longchamp handbags
bape hoodie
golden goose outlet
supreme clothing
adidas nmd
red bottom shoes
xiaofang20191217

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share