24 November, 2010

Universiti Islam pertama dibuka di Amerika Syarikat



BERKELEY 23 Nov. - Sebuah universiti Islam perintis di Amerika Syarikat (AS) dibuka di California bagi membendung perasaan benci dan tidak percaya terhadap umat Islam.

Penubuhan Kolej Zaytuna itu bertujuan mempromosi fahaman sederhana dan membentuk versi rakyat AS di wilayah itu.

Ketika dibuka hanya 15 pelajar mendaftar dan mereka ditempatkan di sebuah blok pejabat yang disewa daripada Universiti Berkeley, California.

Kolej Zaytuna menetapkan sasaran untuk menjadi universiti Islam AS pertama diiktiraf dan mementingkan pencapaian akademik serta asas agama, sama seperti Universiti Columbia dan Rutgers.


"Setiap komuniti agama yang datang ke AS akhirnya akan mencapai tahap di mana mereka memerlukan institusi pendidikan sendiri untuk memastikan kewujudan mereka dan komuniti kami kini berada pada tahap itu," kata pengasas bersama Kolej Zaytuna, Hamza Yusuf.

Kesesuaian cadangan pembinaan masjid berhampiran tapak serangan 11 September di New York masih
hangat diperdebatkan, sesuatu yang disifatkan penganalisis sebagai petanda jelas keraguan rakyat AS terhadap Islam.

Menurut tinjauan terbaru oleh Pew Research, lebih 30 peratus rakyat AS percaya Islam menggalakkan keganasan dan ramai berpendapat agama itu tiada tempat di negara Yahudi-Kristian ini.

Pengasas Zaytuna berkata, diskriminasi yang dihadapi penganut Islam di AS tidak ada bezanya dengan apa yang dihadapi agama Katholik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20 dan ia hanya masalah masa sebelum diterima sepenuhnya.

"Pendidikan secara umumnya merupakan satu daripada cara utama pemulihan kepada kejahilan," kata Pengerusi Hal Ehwal Akademik di Kolej Zaytuna yang turut mengajar di Universiti California di Berkeley, Hatem Bazian.. - Reuters

sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share