01 Oktober, 2010

Denmark jual buku kartun hina Nabi



Flemming Roses

Siapa sebenarnya yang memulakan api permusuhan dengan orang Islam? Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan penghinaan terhadap agama lain. Namun Islam tidak habis-habis dihina setiap masa…..AbuAqil

-------------------------------

COPENHAGEN: Sebuah buku mengenai karikatur Nabi Muhammad yang dibantah umat Islam beberapa tahun lalu akan diterbitkan walaupun ancaman disuarakan ke atas Denmark berhubung isu itu, kata penerbit, kelmarin. 

Buku itu akan diterbitkan seperti yang dirancang, kata Karsten Blauert, dari akhbar Jyllands-Posten.
Buku bertajuk Tyranny of Silence dijangka dikeluarkan semalam, lima tahun selepas hari pertama kartun itu muncul dalam akhbar berkenaan. Walaupun ia tidak akan mencetak semula kartun itu secara berasingan, muka dalamnya akan memaparkan gambar muka depan akhbar Jyllands-Posten yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad, kata Blauert.


Ditanya mengenai kemungkinan reaksi agresif terhadap penerbitannya, beliau berkata: Adalah jelas banyak perkara seperti itu berlaku, namun segala-galanya berjalan seperti dirancang dan tiada sesuatu yang mampu mengubahnya, katanya. 

Buku itu adalah hasil tulisan Flemming Rose ( gambar), yang menjadi pengarang budaya Jyllands-Posten ketika akhbar itu kali pertama menerbitkan muka depan memaparkan 12 kartun kontroversi itu pada 30 September 2005. 

Lukisan itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia hing ga mencetuskan bantahan ganas ke atas kepentingan Denmark dan penduduknya pada 2006. Rose sendiri menerima ancaman bunuh sejak itu. 

Dalam satu temuramah Ogos lalu, Rose menegaskan dia tidak berniat menimbulkan kekacauan dengan memasarkan buku itu sebaliknya hanya mahu menjelaskan kisah 12 lukisan yang dianggap menghina dengan meletakkannya dalam konteks gambar lain. 

Adalah penting menulis buku itu, kerana kata-kata hanya dapat dijawab menerusi kata-kata, katanya. 

Awal minggu ini, polis Norway berkata, seorang warga Kurdis Iraq ditahan pihak berkuasa negara terbabit berikutan disyaki merancang pengeboman serta mengakui sasaran utamanya adalah memusnahkan Jyllands-Posten. – AFP

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share