02 Oktober, 2010

Abai isteri kerana internet



JEDDAH: Golongan wanita Arab Saudi dilaporkan mengadu hubungan mereka dengan suami kini semakin dingin apabila lelaki di negara itu lebih banyak menghabiskan masa melayari Internet.


Mendakwa suami mereka kini ketagih melayan laman sesawang sembang dan sosial, golongan begitu dikatakan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Antara tumpuan lelaki di Arab Saudi ketika ini adalah Facebook dan Twitter.

Menurut media, kebanyakan wanita kini menganggap mereka dimadukan dan kedudukan mereka sebagai isteri diambil alih oleh Internet.


“Pelbagai kaedah untuk mengakses Internet lebih mudah - termasuk menggunakan telefon bimbit - hanya menambahkan lagi kemarahan wanita,” lapor media tempatan.

Ibu kepada lima anak, Srab al-Safadi, berkata suaminya semakin kerap meluangkan masa untuk Internet berbanding keluarga.

“Suami saya menganggur dan ada banyak masa lapang.

“Setahun lalu saya mendapat tahu dia berkahwin dengan wanita Palestin yang dikenalinya melalui Facebook,” katanya.

Kata Srab, beberapa kali dia meminta suaminya memotong talian Internet dalam keadaan dia menganggur dan kos penggunaan perkhidmatan itu hampir RM300 sebulan.

“Wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk keperluan lebih penting,” katanya. Guru dan ibu tiga anak, Suhaila al-Sheikh, berkata dia gagal menghalang ketagihan Internet pada suaminya.

“Dia kemaruk Internet sejak di universiti pada 1990-an.

“Pada mulanya, saya gagal memahami mengapa dia begitu bersungguh-sungguh di depan komputer sehinggalah baru-baru ini saya dapati dia menjalin semula cinta dengan bekas kekasihnya,” katanya. - Agensi


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share