05 Ogos, 2011

Senyum-senyum Awal Ramadan




Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya. Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya.Kenapa??? Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih.
Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak
bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.


Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik
jugakkan ?Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir 

Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. 

Kenapaaaaa.. ...?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar
penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir
Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tengok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan
pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang
paling awal sampai opis. 

"Morning..." Rogayah menegur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk
mengelap meja. Rogayah terus menuju meja. Kak Kiah memang serius
orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??" 

Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bekas makanan tingkat dan botol air,bekalan harian ditangan Rogayah .

Arghhhh... Patutlah!!!! 

Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit  betul2!! Hari pertama setiap kali Ramadhan pasti akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Entak camne dia boleh tak perasan  1 Ramadhan telah tiba.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share