05 Ogos, 2011

Ramadan Yang Mencabar dan Bazaar Ramadan




AbuAqil Adnan

Seperti tahun-tahun lepas, Ramadan sememangnya mencabar iman setiap muslim yang berpuasa. suhu kepanasan agak luar biasa pada bulan ini berbanding bulan-bulan lain menepati Ramadan yang dikatakan bermaksud panas terik. Begitulah Allah menguji hamba-hambaNya. Kalau bukan kerana iman pasti tiada siapa yang mampu bertahan sepanjang hari menahan lapar dan dahaga. Iman….sungguh ajaib.
manusia yang 'kebuluran' memburu 'mangsa'

Puasa yang keenam pada hari ini, kali pertama saya sempat ke Bazaar Ramadan di Pekan Jelawat. Pekan yang terkenal dengan barangannya yang murah tiada tolok bandingnya sama ada sayu-sayuran atau kuih-muih. Sebelum ini sengaja tidak pergi kerana keletihan setelah sehari di sekolah ditambah tidak berminat untuk memeningkan kepala kerana tenggelam dalam lautan manusia yang ‘kebuluran’.

Dengan lebih daripada seratus gerai peniaga, bermacam-macam juadah dan menu dijual. Dari lauk-pauk, kuih-muih, minuman hingga kepada barang larangan pun ada iaitu cd,dvd cetak rompak dan mercun. Sangat pelik. Banyak-banyak benda yang boleh dijual, benda yang dilarang juga yang dipilih. Itulah tabiat buruk manusia.

Sememangnya niat turun dari rumah untuk membeli dua perkara sahaja. Alhamdulillah, kelaparan dan kedahagaan tidak mengelabui mata ini untuk membeli ini dan itu. Lulus cabaran di Bazaar Ramadan. J
Tresek, menu kegemaranku

Menu yang ingin dibeli ialah air tebu dan lauk tresek [ kerabu jantung pisang dicampur dengan ayam] iaitu lauk kegemaran yang satu ketika dulu wajib ada setiap kali berbuka puasa. Tapi tahun ini kurang ghairah kerana malas keluar untuk membeli.

Kepada muslimin dan muslimat yang gemar membeli di Bazaar Ramadan dinasihatkan agar berbelanja jangan sampai tidak larat untuk membawanya. Lebih-lebih lagilah kalau membawa kepada membazir. Jangan sampai anda ‘dipersaudarakan’ dengan musuh utama iaitu syaitan. Berbelanjalah dengan berhemah dan bijak.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share