05 Ogos, 2011

Rahsia Berbuka Dengan Kurma




Kurma adalah buah yang berkat yang telah diwasiatkan kepada kita dari Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam untuk memulai buka puasa kita pada bulan Ramadhan dengannya. Dari Salman bin ‘Amir radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

" إذا أفطر أحدكم فليفطر على تمر ، فإنه بركة ، فإن لم يجد تمرا فالماء ، فإنه طهور " رواه أبو داود والترمذي . 



”Apabila salah seorang di antara kalian berbuka, hendaklah berbuka dengan kurma, karena dia adalah berkah, apabila tidak mendapatkan kurma maka berbukalah dengan air karena dia adalah bersih.” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Dawud rahimahumallah)

وعن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يفطر قبل أن يصلي على رطبات ، فإن لم تكن رطبات فتميرات ، فإن لم تكن تميرات حسا حسوات من الماء " رواه أبو داود والترمذي . 


Dan dari Anas radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamberbuka sebelum shalat (maghrib) dengan memakan beberapa ruthab (kurma segar/basah), apabila tidak mendapatkan mendapatkannya maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan apabila tidak mendapatkannya maka beliau berbuka dengan beberapa teguk air.” 



Dan tidak diragukan lagi bahawa di balik sunah Nabi ini ada petunjuk perubatan, faedah kesihatan, dan hikmah yang besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memilih makanan-makanan di atas di antara sekian makanan yang ada, kerana faedah yang banyak yang berkaitan dengan kesihatan.


Maka ketika seorang yang berpuasa memulai berbuka, aktiflah jaringan-jaringan dalam tubuh, dan mulailah jaringan pencernaan bekerja, khususnya lambung yang harus diperlakukan dengan pelan dan dibangunkan dengan lembut. Dan orang yang berpuasa pada kodisi itu memerlukan sumber zat gula dengan cepat, yang mampu menghilangkan lapar, seperti perlukan air. 


Dan unsur makanan yang paling cepat untuk dicerna dan paling cepat masuk ke dalam darah adalah zat gula, khususnya yang terkandung di dalamnya monosakarida(sukrosa ) dan duosakarida (glukosa) kerana badan kita dapat dengan mudah dan cepat menyerapnya dalam waktu beberapa detik saja. Lebih-lebih apabila lambung dan usus-usus dalam keadaan kosong sebagaimana hal itu adalah kondisinya yang berpuasa. 


Seandainya engkau mencari makanan yang lebih baik yang boleh mewujudkan tujuan ini bersamaan (menghilangkan lapar dan haus), maka engkau tidak akan mendapatkan yang lebih baik dari sunnah Nabi yang menganjurkan orang yang berpuasa untuk memulai berbuka dengan makanan yang mengandung glukosa yang manis yang kaya dengan air seperti ruthab (kurma segar/basah) atau tamr (kurma kering) yang dicelupkan kedalam air. 


Telah muncul sebuah penelitian kimia dan biologi bahawa sepotong kurma yang dimakan setara dengan 85-87% dari beratnya. Dan itu mengandung 20-24% air, 70-75%zat gula, 2-3% protein, 8,5% serat dan kadar lemak yang rendah. 


Sebagaimana juga penelitian menetapkan bahwa ruthab mengandung 65-70% air, dari berat bersihnya, 24-58 % zat gula, 2-2,1 % protein, 5,2 % serat dan kadar lemak yang sedikit. 
Dan hasil yang terpenting dari penelitian kimiawi ini, sebagaimana disebutkan oleh Dr. ‘Abdurrouf Hisyam dan Dr. ‘Ali Ahmad asy-Syahat adalah sebagai berikut: 


1. pengambilan ruthab atau tamr ketika memulai berbuka puasa, memberikan kandungan kadar zat gula yang besar bagi tubuh dan menghilangkan gejala kekurangan zat gula (hipoglikemia) dan memberikan semangat bagi tubuh. 


2. Kosongnya lambung dan usus dari makanan membuat keduanya (usus dan lambung) mampu untuk menyerap zat gula sederhana ini dengan sangat cepat. 


3. Kandungan unsur gula dalam bentuk kimia yang sederhana yang terkandung di dalam ruthab dan tamr membuatnya mudah untuk dicerna, kerana 2/3 dari unsur gula (glukosa) terdapat dalam kurma dalam bentuk susunan kimia yang sederhana. Dan demikianlah meningkat kadar gula dalam darah dalam waktu singkat. 


4. Adanya kurma yang direndam dengan air, dan ruthab yang mengandung prosentasi air yang tinggi 65-70 % (65-70%) yang menyediakan air bagi tubuh dengan prosentase yang baik, maka tidak perlu minum air dalam jumlah besar pada saat berbuka. 


Sumber


3 comments:

6196 berkata...

setahun yg lalu...

sesiapa yg x brbuka dgn buah kurma sila berdiri...hihi

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

HAHAHA...ingat lagi awok dih.ust x ingat doh pon

6196 berkata...

msti la ingt ustz...loni x dop doh la ore tnyo sapo x buko dgn kurma,x smaye terawih,x smaye sunat sblm subuh..huhu

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share