01 Ogos, 2010

Guna Facebook buru mangsa



“SAYA baru saja membunuh semalam. Saya perlu beritahu polis di mana mayatnya (mangsa).” Itulah pengakuan Peter Chapman, 33, yang turut digelar ‘Pembunuh Facebook’ (Facebook Killer) ketika menyerah diri dan membuat laporan polis mengenai jenayah dilakukannya di Balai Polis Middlesbrough, England, sekitar Oktober lalu.
Tanpa berselindung, Chapman, sambil menangis teresak-esak, mengakui menculik gadis berkenaan, kemudian merogol dan membunuhnya di sebuah kawasan ladang di luar bandar Middlesbrough.

Keterangan Chapman mengejutkan polis Middles-brough kerana dia bukan saja suka rela mengaku melakukan jenayah itu, malah sanggup memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan kes terbabit.

“Saya tidak akan menyusahkan kamu (polis),” kata Chapman.

Lanjutan kes ini, Chapman menghubungi Hall menerusi Facebook hampir satu bulan dan cuba memikat gadis berkenaan dengan menggunakan identiti palsu.


Chapman menggunakan Facebook untuk mencari mangsa dan memuaskan nafsu berahinya, namun pertemuan dengan Hall berakhir dengan kematian.

Melalui laman web terbabit, Chapman menggunakan identiti palsu iaitu Peter Cartwright dan cuba menarik perhatian rakan kenalan dalam laman web itu menerusi paparan gambar seksi dan mengghairahkan.

Chapman mempunyai 173 kenalan dalam laman web berkenaan selain memiliki blog lain dengan identiti palsu.

Siasatan polis mendapati Chapman adalah lelaki gila seks dan dipercayai kerap melakukan gangguan seksual di sekitar bandar berkenaan.

Sebelum menyerah diri, Chapman pernah disiasat berhubung enam serangan seksual dan dipenjarakan atas kesalahan dua kes rogol. Dia dipenjarakan selama tujuh tahun dan dibebaskan pada 2001.

Selain itu, Chapman menjalani rutin harian yang pelik, iaitu dia tidak berumah dan hanya menjadikan kenderaan miliknya, kereta Ford Mondeo, sebagai tempat berteduh.

Dalam laporan akhbar The Sun UK, seorang mangsa Chapman yang tidak mahu dikenali, berkata Chapman bijak mengatur pertemuan selepas berkenalan melalui Internet tanpa menimbulkan persoalan seks.
“Bagaimanapun, semuanya berubah selepas bertemu. Selepas berbual, dia (Chapman) mula meraba saya dan cuba mencium saya beberapa kali.

“Selepas mengetahui kes pembunuhan Hall, saya terkejut kerana pernah berjumpa Chapman sebelum itu. Mujur tidak berlaku apa-apa terhadap saya,” katanya.

Mahkamah Crown Teesside di Middlesbrough menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, minimum 35 tahun di atas kesalahan dilakukan Chapman, iaitu menculik, merogol dan membunuh.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share