Imam al-Bukhari meriwayatkan dari ibn Abbas bahawa dia berkata : Ucapan terakhir Nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalam api ialah :
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bermaksud : Memadailah bagiku Hanya Allah (sebagai penolong) dan Dia sebaik-baik Pelindung.
Raja Namrud mati akal ketika berhujah dengan Nabi Ibrahim berikutan semua pertanyaan yang dikemukakannya kepada Ibrahim dijawab mengikut logik akal.
Bagaimanapun, Namrud yang mengheret Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan menghancurkan berhala yang disembah kaumnya tetap mahu menghukum Ibrahim. Justeru, Namrud memerintahkan tenteranya supaya menangkap Ibrahim untuk dibakar hidup-hidup.
Rakyat dikerah mengumpulkan kayu untuk tujuan pembakaran itu. Ibrahim dicampak ketika api marak di hadapan orang ramai yang menyaksikannya dengan penuh gelisah.
Walaupun berada dalam api yang marak, Ibrahim tidak terbakar, malah dirasakannya bertambah sejuk. Keistimewaan luar biasa itu adalah mukjizat Allah kepadanya.
Sebagaimana firman Allah, bermaksud: “Wahai api, hendaklah kamu dingin dan selamatkan Ibrahim.”
Doa ini amat sesuai diamalkan oleh kita semua sebagai menyatakan pergantungan mutlak hanya kepada Allah Yang Maha berkuasa dan Maha Pengurnia sebagai tempat memohon pertolongan dan bantuan. Semoga kita dipermudahkan untuk mengamalkan semua amal soleh.
1 comments:
Catat Ulasan