08 Januari, 2010

Rileks Kejap :Dua kriteria seorang Doktor





Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya, kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.


“Pertama…,” doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana menahan loya.

Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.

“Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat semangat!” kata doktor berkenaan.

“Kedua…,” doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari manisnya yang bersarung cincin.

“Saya menjilat jari manis saya, tetapi saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria kedua, iaitu cermat meneliti perincian!” kata doktor tersebut sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya.

1 comments:

Ariffah9 berkata...

pengajaran dia...telitilah ssuatu sblum buat apa2 ek.. =D

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share