08 Januari, 2010

Kisah Muktabar : Nabi Ibrahim,Sarah dan Raja Yang Zalim





BISMILLAH…
Kisah kali ini ialah mengenai perlindungan Allah SWT kepada hambaNya yang bertakwa. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini.
Imam al-Bukhari meriwayatkan ( no. 3358) :
Rasulullah saw bersabda : Nabi Ibrahim berhijrah bersama isterinya Sarah. Mereka  masuk ke sebuah tempat yang diperintah oleh raja yang zalim dan sombong. Diberitahu kepada raja tersebut bahawa Ibrahim telah datang dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Maka dia bertanya kepada Ibrahim : siapakah wanita yang bersamamu?. Ibrahim menjawab :’ saudara perempuanku’.

Kemudian Nabi Ibrahim kembali kepada sarah dan berpesan : jangan engkau mendustakan ucapanku  dan aku telah berkata bahawa kamu adalah saudaraku. Demi Allah di bumi ini tiada orang yang beriman melainkan diriku dan dirimu. Maka Nabi Ibrahim mengirimkan sarah kepada raja tersebut.
Dia bangkit kepada sarah. Sarah bangkit berwudhu dan solat lalu dia berdoa : ya allah, jika aku beriman kepadaMu dan kepada rasulMu, maka jagalah kehormatanku kecuali kepada suamiku. Oleh itu janganlah Engkau biarkan orang kafir menguasaiku. Maka ketika raja itu hendak menyentuh sarah, nafas raja itu menjadi sempit dan dia hampir tercekik sampai dia memukulkan kakinya ke bumi. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa.
Kemudian raja itu cuba untuk menyentuh sarah kali kedua, maka dia tercekik seperti tadi atau lebih keras. Dia berkata : berdoalah kepada Allah untukku , aku tidak akan apa-apakanmu. Lalu sarah berdoa maka dia pun baik seperti biasa. Lalu raja memanggil pengawal dan berkata :  kamu tidak membawa manusia ke mari, malah kamu membawa syaitan ke sini. Raja itu menghadiahkan Hajar kepada sarah sebagai hamba.
Sarah pulang kepada Nabi Ibrahim sedang dia sedang solat. maka Nabi Ibrahim memberi isyarat bermaksud bagaimana keadaanmu? Sarah menjawab : Allah menggagalkan tipu helah orang kafir atau orang  jahat berupa seksaan di lehernya dan memberiku Hajar.
WALLAHU TA’ALA A’LAM


Sila berikan pengajaran berdasarkan kisah di atas.JAZAKALLAH


1 comments:

AbuAqil berkata...

sentiasalah bergantung kepada Allah dgn memohon pertolonganNya

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share