08 Januari, 2010

Doa Agar Allah Perbaiki Semua Urusan





BISMILLAH...
Doa dan zikir kali  ini ialah  salah satu amalan Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang. Antara isi doa ini ialah  kita menyatakanpenyerahan dan pergantungan mutlak hanya kepada Allah SWT yang menguruskan segala urusan makhlukNya. Terdapat juga riwayat yang menyatakan doa ini dibaca oleh Rasulullah saw bila baginda menghadapi masalah atau perkara yang membimbangkan. Lafaz doa ialah :

يَا حَّيُ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ،
وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
Maksud : Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupn sekelip mata ( Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim )

Bacalah doa ini setiap masa terutama bila berdepan dengan sesuatu kesulitan kerana hanya Allah SWT yang berkuasa menyelesaikan segala masalah dan kesulitan. Doa ini hanya ringkas tetapi amat bermakna dan indah susunan perkataannya. Amat rugi sekiranya kita yang amat lemah tidak mengamalkan sunnah Nabi saw ini dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar iman.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk mengamalkan doa ini. Hanya kepadaMu kami berserah ya Allah.

WALLAHU TA’ALA A’LAM








0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share