~Perkongsian Ilmu Untuk Diamalkan Demi Menjana Iman~ Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat~Tips dan motivasi Belajar~Tutorial Bahasa Arab~Info Semasa Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Semua.
Antara budaya buruk yang menimpa remaja Islam pada masa kini ialah budaya couple. Budaya bukan ajaran Islam ini menular sama ada di peringkat Universiti, kolej hinggalah ke peringkat sekolah. Budaya negatif ini semakin hari semakin membimbangkan sehingga pelajar Islam yang bertudung litup pun turut terpengaruh dengan rakan-rakan yang mempunyai pasangan. Sehingga dianggap pelajar yang tiada pasangan dianggap pelik dan luar biasa. Alangkah besarnya musibah yang menimpa remaja Islam pada masa kini.
Islam tidak pernah menghalangi perasaan cinta dan fitrah berkehendak kepada pasangan. Cuma perasaan tersebut perlu dikawal biar selari dengan kehendak agama. Islam menebarkan laluan yang seluas-luasnya untuk kita menyalurkan perasaan tersebut melalui jalan yang sedia diketahui umum iaitu ikatan suci perkahwinan. Adakah seorang pelajar yang bercinta akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat?. Jawabnya tidak!. Sebab itulah hukumnya adalah haram.
Allah SWT menciptakan kita dalam keadaan lemah dalam menangani fitnah insan berlawanan jantina. Inilah kelemahan utama manusia. Kelemahan utama manusia inilah yang telah dimanfaatkan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Perkara ini pernah disebut oleh Rasulullah saw 1400 tahun yang lalu yang bermaksud :
Tidaklah aku meninggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya ke atas diri lelaki itu daripada wanita. (Bukhari dan Muslim)
Berikut dinyatakan bahaya dan keburukan budaya yang tidak sihat ini mudah-mudahan individu yang bergelar pelajar tidak terlibat dengannya.
Keburukan dan Bahaya ‘couple’:
1. Menghampiri zina. Firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan. (Surah al-Isra’ 17: 32)
Allah tidak menggunakan ungkapan ‘jangan kamu berzina’ tetapi digunakan ‘jangan kamu menghampiri zina’. Bercinta adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.
2. Langkah pertama kepada berlakunya zina
Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bia seseorang telah melakukannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)
3. Tidak mampu menjaga pandangan dan maruah :
Firman Allah yang bermaksud :"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…’.” (Al-Nur: 30-31)
Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan.
4. Melanggar amaran Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)
5. Sentiasa bertemankan syaitan.maksud hadis Rasulullah saw :
“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani pasangan ini?. Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina. Walaupun pasangan tersebut menafikannya dengan berkata : "kami tak buat apa-apa pun". Ya..tak buat apa-apa pada mulanya kemudian akan menular kepada zina bersentuhan dan seterusnya...
6. Melakukan dosa besar. Rasulullah saw yang bermaksud :
Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.( al-Tabarani)
Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?. Sekiranya tidak, maka hebat benar iman mereka ini. Mungkin iman mereka sehebat Nabi Yusuf a.s dan Maryam.
7. Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet. Sehingga ada pelajar yang sanggup ‘berpuasa’ untuk berjimat wang saraan sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.
8. Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Iimu hanya menghuni di hati yang suci bersih.
9. Mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’. Allah jadikan manusia tidak dapat fokus dua perkara dalam masa yang sama.
10. Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka.
11. Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal.
12. Dimasukkan ke dalam neraka ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah saw. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT.
13. Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran golongan ini tidak akan mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.
14. Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.
15. Boleh mengeruhkan ikatan perkahwinan yang akan datang sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya. Adakah pasangan yang bercinta pada zaman zaman persekolahan akan kekal hingga ke alam perkahwinan dan apakah perasaan anda sekiranya anda dapat tahu suami atau isteri anda pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?. Fikir-fikirkan.
Perlu diingatkan bahawa syaitan akan menjadikan mereka yang terlibat dengan budaya couple ini merasakan perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan kepada mereka. Maka pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Antara alasan yang diberikan ialah untuk mendapat dorongan belajar, untuk menenangkan fikiran, tidak ingin ketinggalan zaman, untuk memudahkan ‘study group’ dan beribu alasan lagi. Semua itu adalah tipu helah dan jerangkap samar yang dipasang oleh syaitan untuk memerangkap remaja Islam masa kini.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
22
comments:
AbuAqil
berkata...
sekiranya ada yang merasakan couple ada manfaat, sila nyatakan untuk kita berkongsi pengetahuan...jazakallah
Ana ada bagitahu kawan2 ana..Ahamdulillah,banyak yg terima..Tapi sorang ja yg x setuju sampai dia sms ana macam2..sedih ana..dia kata "adam dan hawa pun bercinta juga.Ertinya wanita perlu dilindungi.Rasulullah menggalakkan kita meramaikan umatnya.Kalau couple haram,macam mana adanya perkahwinan.Aku pun couple juga.Tapi aku couple untuk mencari kebenaran.Sia dia selalu ingatkan aku tentang solat dan buat benda baik"..
Yg buat ana sedih,mula2 dia cerita tentang couple,lepas tu dia luahkan tentang ketidak puas hatian dia pada ana.. Dia kata ana ni bagus..Ramai orang suka..Bukan macam dia..Esoknya(kat sekolah),mata ana bengkak sbab nangis.. Ana ajak kawan rapat ana jumpa pengetua dan tanya pasal couple ni..Dia kata memang haram..Bila dia baca sms kawan ana tu,berulang kali kalimah "Astaghfirullah" keluar dari mulutnya..Pengetua ana kata,"betul2 sesat"...
syukran yaa ukhti.. Ana ada fotostat artikel dari ILuvislam tentang couple 2 haram sebanyak 50 set untuk kawan2 di skolah... Tapi mak ana pula marah... Katanya sayang duit.. Tapi ana x kesah dengan duit... Ana nak tolong kawan2.. RM24 je... Kalau lah ana ada duit sendiri..huhu...
Syukran ustaz sudi luangkn masa baca ~ herm, islam syumul~ menyeluruh n lengkap.. mudah, indah, sistematik , pendek kata yg baik2 n bgus lah~ tapi sglintirnya yg mmbwa pngaruh buruk..nauzubillah~ Allah bantu ana ~
Memang betul 'Couple 2 Haram'..........Niat x menghalalkan cara..walaupun niat tu baik tp 'perbuatan' boleh membawa kpd zina kecil yg mana Allah melaknati psngn yg berCouple..
assalam ustaz, suatu ketika dahulu saya pernah terjerat dalam budaya couple ni pada tahap sekolh menengah rendah. tapi alhamdulillah sekarang ni saya sudah beransur-ansur jauhkan diri dripada kegiatan tersebut. saya nak tanya/minta pendapat, adakah saya tidak layak untuk bercinta dengan insan yang belum pernah bercouple langsung seumur hidupnya? maksud saya,adakah saya akan dapat jodoh dengan orang yg pernah bercouple dgn orang lain sebelum ini juga? -syukran .
mmg bgus artikel ini. dulu ms plkn pun sy penah terjebak dgn couple ne, tp xlh smpai nk jumpa3(mmg xlh), cuma msj2 tu jelh. dy kalu nk jmpa, sy bg mcm2 alasan sbb taw salah nk keluar dgn ajnabi. yg sy kesal sy dh penh pggl dy dgn pggln "syg" tp sekali je.x lm pastu, sy ckp dgn dy biarlah km berkawan shj sbb tumpu pljrn(mmg sy x blh fokus 2 bnda dlm waktu yg sm), tp dy pun mcm x serius je. n after 3 years km kwn biasa shj tp still kontek bertanya khbr shj, xlebih dr itu. dn sy x kesah n sedih pun dgn keadaan ne, lainlah dy jodoh yg ditetapkan tuk sy.tp lebih indah jika mengenali seseorg itu lps nikah, bru blh couple dgn berkat Allah..
Jazakallahu khairan kathir ya ustaz. Ana suka baca entri ustaz ni. Semoga dapat memberi pringatan kpd kita semua khususnya golongan remaja yg skrg ni terlalu leka dgan kemewahan duniawi yg boleh menjerumuskan seseorang itu utk terjebak ke lembah zina. Ana mohon share :-)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
22 comments:
sekiranya ada yang merasakan couple ada manfaat, sila nyatakan untuk kita berkongsi pengetahuan...jazakallah
Salam, mumtaz ustaz!
Zina sndiri ada byk bhgian kan? Sms saja, zina tangan.. Melangkah ke tmpt 'date' zina kaki?
apa2pun, tahniah ats artikel ! ayat2 al-qur;an brtepatan n sesuai ~
oh ya, gmbar awas couple tu unik!!
ye memang benar ariffah...
kena jaga anggota drpd terlibat dgn zina..
smg Allah menjaga kita semua
Amin!
Ana ada bagitahu kawan2 ana..Ahamdulillah,banyak yg terima..Tapi sorang ja yg x setuju sampai dia sms ana macam2..sedih ana..dia kata
"adam dan hawa pun bercinta juga.Ertinya wanita perlu dilindungi.Rasulullah menggalakkan kita meramaikan umatnya.Kalau couple haram,macam mana adanya perkahwinan.Aku pun couple juga.Tapi aku couple untuk mencari kebenaran.Sia dia selalu ingatkan aku tentang solat dan buat benda baik"..
Yg buat ana sedih,mula2 dia cerita tentang couple,lepas tu dia luahkan tentang ketidak puas hatian dia pada ana..
Dia kata ana ni bagus..Ramai orang suka..Bukan macam dia..Esoknya(kat sekolah),mata ana bengkak sbab nangis..
Ana ajak kawan rapat ana jumpa pengetua dan tanya pasal couple ni..Dia kata memang haram..Bila dia baca sms kawan ana tu,berulang kali kalimah "Astaghfirullah" keluar dari mulutnya..Pengetua ana kata,"betul2 sesat"...
alahai . . . .kat sk 2 mcm2 . . .ble kate kapel 2 haram mla la protes . .smpai b'dbt . . .pdhl dh jlaz . .katenye . .ala ske2 jew . . bkan nye wat papae pown . . .pdhl dak sam . . .org skunk . . bdak drjh 4 . .5 pown kapel
ala dayana . . .kte nx bmbing owg mmg pyh . . .dowg dgil . . .ttp p'thnkn bnde y hrm . . dh byk sgt phala katekan . . .kt klz pown ade . . .pdhl die PRS spttnye PRS bmbg bdk sbya die kearah y btl . .ny dgn dier2 pown kapel . .. . . . . . . .. .. dayana sbr je la
syukran yaa ukhti..
Ana ada fotostat artikel dari ILuvislam tentang couple 2 haram sebanyak 50 set untuk kawan2 di skolah...
Tapi mak ana pula marah...
Katanya sayang duit..
Tapi ana x kesah dengan duit...
Ana nak tolong kawan2..
RM24 je...
Kalau lah ana ada duit sendiri..huhu...
salam Dayana. huhu, ana terharu sungguh/ dgn pengorbanan dan kesungguhan anti photostate 50 set..
alhamdulillah..smoga trus thabat ya~
salam semua...ih ada perbincangan hangat kat sini pg ni rupenya
ustaz agak ketinggalan kerana pg ni ke sekolah.
alhamdulillah munaqasyah yang bernas.
dayana ni hebat dan kuat semangat..barakallah fik
dalam berdakwah kita kena tabah, sabar..banyakkan mengadu kpd Allah. begitulah amalan para nabi.
kita hanya memaklumkan kehendak agama...dah lepas t/jawab didepan Allah kelak.
mereka nak dengar atau tidak, terserah...mereka belum terima hidayah.banyakkan doa untuk mereka...
kena kenangkan perjuangan nabi kita. bukan semua manusia terima dakwah nabi hatta bapa saudara sendiri pun gagal...
hidayah di tangan Allah...bila kita ingat begitu akan tenanglah jiwa kita...insya allah
harap kita semua dapat istiqamah di atas jln petunjuk Allah...amin
ariffah9...
ustaz dah baca dialog anti dgn non-muslim tu...amat memalukan segelintir orang yg ngaku muslim.
memanglah pada masa kini orang islam sendiri yg mencemarnya nama baik islam.
islam itu sempurna dan indah ttp segelintir penganutnya yang melumuri dgn kotoran...
apapun syabas ariffah krn cuba memberi gambaran yg sebenar ttg islam
Syukran ustaz sudi luangkn masa baca ~
herm, islam syumul~ menyeluruh n lengkap..
mudah, indah, sistematik , pendek kata yg baik2 n bgus lah~
tapi sglintirnya yg mmbwa pngaruh buruk..nauzubillah~
Allah bantu ana ~
bagus laarr awak buat cam ni
segelintir org islam sekarang ni mengaku je islam tp sebenarnya ah semakin jauh tersesat.
bgus la artikel ni..
ahlan wa sahlan lily adam...budak baik ni
baguslah ustaz ni layannnnnnnnnnnnnnnnnnn
Memang betul 'Couple 2 Haram'..........Niat x menghalalkan cara..walaupun niat tu baik tp 'perbuatan' boleh membawa kpd zina kecil yg mana Allah melaknati psngn yg berCouple..
assalam ustaz, suatu ketika dahulu saya pernah terjerat dalam budaya couple ni pada tahap sekolh menengah rendah. tapi alhamdulillah sekarang ni saya sudah beransur-ansur jauhkan diri dripada kegiatan tersebut. saya nak tanya/minta pendapat, adakah saya tidak layak untuk bercinta dengan insan yang belum pernah bercouple langsung seumur hidupnya? maksud saya,adakah saya akan dapat jodoh dengan orang yg pernah bercouple dgn orang lain sebelum ini juga? -syukran .
mmg bgus artikel ini. dulu ms plkn pun sy penah terjebak dgn couple ne, tp xlh smpai nk jumpa3(mmg xlh), cuma msj2 tu jelh. dy kalu nk jmpa, sy bg mcm2 alasan sbb taw salah nk keluar dgn ajnabi. yg sy kesal sy dh penh pggl dy dgn pggln "syg" tp sekali je.x lm pastu, sy ckp dgn dy biarlah km berkawan shj sbb tumpu pljrn(mmg sy x blh fokus 2 bnda dlm waktu yg sm), tp dy pun mcm x serius je. n after 3 years km kwn biasa shj tp still kontek bertanya khbr shj, xlebih dr itu. dn sy x kesah n sedih pun dgn keadaan ne, lainlah dy jodoh yg ditetapkan tuk sy.tp lebih indah jika mengenali seseorg itu lps nikah, bru blh couple dgn berkat Allah..
Jazakallahu khairan kathir ya ustaz. Ana suka baca entri ustaz ni. Semoga dapat memberi pringatan kpd kita semua khususnya golongan remaja yg skrg ni terlalu leka dgan kemewahan duniawi yg boleh menjerumuskan seseorang itu utk terjebak ke lembah zina. Ana mohon share :-)
Catat Ulasan