10 Januari, 2010

Kisah Muktabar : Maut Datang Tanpa Amaran




BISMILLAH...

Sebelum ini telah dipaparkan kisah cuba mengelak maut. Sementara kisah kali ini pula ialah kisah maut yang kedua. Maut pasti akan menemui kita satu masa nanti. Kehadirannya tanpa amaran dan ketibaannya tanpa jemputan.Mudah-mudahan kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Sebuah bas yang sarat dengan penumpang tiba-tiba berhenti. Para penumpang kehairanan kerana tiada orang yang menahannya.


Seorang penumpang bertanya kepada pemandu: Kenapa pakcik berhenti?

Pemandu :Saya berhenti untuk mengambil orang tua yang melambai-lambai tangan hendak sertai kita.

penumpang : Kami tidak melihat sesiapa pun?

Pemandu : Tengok, tu dia!

para penumpang semakin bingung.

Penumpang : Kami tidak melihat sesiapa pun.

Pemandu : Hah, sekarang dia sudah naik bersama kita.

Semua penumpang : Demi Allah, kami tidak melihat sesiapa pun.

Secara tiba-tiba pemandu itu meninggal dunia di atas kerusi pemandu bas itu.

"Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dilewatkan walau sesaatpun dan tidak dapat didahulukan"
(Surah al-Ahqaf ; 34)

SUMBER : La Tahzan

4 comments:

AbuAqil berkata...

kita sebenarnya amat dekat dengan alam 'sana'...

Dayana berkata...

As-salamualaikum..Kisah benar ke ustaz?

Ariffah9 berkata...

salam, yap, kisah betul ke ustaz?
erm, kematian bila2 blh 'jemput' kita~

AbuAqil berkata...

salam...dayana & ariffah9

ya, kisah benar.dr aidh bin abdullah al-qarniy menukilkan kata-kata al-tantawi dlm bukunya 'la tahzan'...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share