18 Disember, 2009
Tutorial : Nas Syi’ir ( أَنَا الفَتَى النَّظِيفُ )
Tutorial kali ini akan diterangkan perbahasan mengenai rangkap syair yang bertajuk (أَنَا الفَتَى النَّظِيفُ ). Sila rujuk buku teks tingkatan 1 ms 75. Rangkap syair ini agak panjang sikit tetapi pelajar tiada pilihan dan wajib menghafalnya dengan lancar. Syair dan maknanya :
أَنَا الفَتَى النَّظِيفُ
Saya pemuda yang bersih
مُهَذَّبٌ لَطِيفٌ
Berakhlak mulia dan lemah lembut
أَقٌومُ فِي الصَّبَاحِ
Saya bangkit pada waktu pagi
أَسْعَى إِلَى الْفَلَاحِ
Menuju ke arah kejayaan
2- ) العِبْرَةُ وَ البَيَانketerangan dan Pengajaran )
أَنَا الشَّابُ النَّظِيفُ بِخُلُقٍ كَرِيمٍ وَلَطِيفٍ، وَأَجْتَهِدُ إِلَى الفَلَاحِ
Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu dan jangan kamu malas. Sesiapa yang rajin dalam menuntut ilmu akan berjaya dalam kehidupan.
PERINGATAN : Pastikan anda mengingati baris dengan betul serta dapat memberikan pengajaran / maksud dalam bahasa arab. Sila hafal rangkap sya’ir ini beserta pengajaran/ keterangannya. Keterangan di atas hanyalah contoh jawapan yang boleh diberikan. Anda boleh membuat keterangan dengan menggunakan ayat sendiri, yang penting isinya tepat.
Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga difahami dengan baik.
WALLAHU TA’ALA A’LAM.
2 comments:
As-salamualaikum..oh,ana ingat..syair ni dalam buku teks kena suruh nyanyi cam lagu kan..(x tau tajuknyer)
salam,
ya benar...kena nyanyi lagu "tanya sama pokok'
nyanyi berlagu mudah ingat sebenarnya
Catat Ulasan