19 Disember, 2009

Ketawa Penawar Duka : Salah Tafsir



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

 "Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan cikgu masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri cikgu akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

MORAL : Meminum arak adalah satu dosa besar

1 comments:

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salah faham seperti ini kadang2 berlaku semasa p&p.

guru mesti memberi lebih penjelasan

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share