BISMILLAH...
Muuh utama pelajar ialah malas, letih dan mudah jemu. Penawar kepada penyakit tersebut .Doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini amat penting kerana kita memohon kekuatan jasmani, ruhani dan emosi untuk menempuh dugaan dan cabaran kehidupan yang semakin mencabar.
Lafaz doa ialah :
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ،
Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kegelisahan, kesedihan
وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ
kelemahan, kemalasan, kebakhilan, pengecut
، وَضَلَعِ الدَّيْنِ ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
bebanan hutang dan kongkongan orang.
( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
KETERANGAN :
Setiap insan yang waras dan sihat akal fikirannya tidak dapat lari daripada masalah dalam mengharungi kehidupan sama ada masalah berkaitan dengan pelajaran, kerjaya, harta, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Namun Rasulullah telah membekalkan kepada kita satu doa yang ringkas tetapi merangkumi kesejahteraan untuk jasmani, ruhani dan emosi. Di sini dinyatakan pendapat ulama tentang beberapa ungkapan yang berkaitan dalam doa tersebut.
Imam al-Taymi berkata : الهَم ialah perkara yang membimbangkan dan menyibukkan hati seseorang. Kebiasaannya ia adalah perkara yang akan berlaku atau sedang dihadapinya. Sementara الحَزَن berkaitan dengan perkara yang telah berlalu yang menimpanya. ( Syarah Abi Dawud : Abd Muhsin al-Abbad )
Imam al-Nawawi berkata : العجزialah ketidakmampuan untuk melakukan kebaikan dan
dikatakan juga ia bermaksud meninggalkan perkara yang wajib ke atas seseorang dengan menangguh-nangguhkannya. Adapun الكَسَل pula ialah jiwa yang tiada kecenderungan untuk kebaikan serta kurang kegemaran untuknya pada hal dia mampu melakukannya.( Tuhfat al-Ahwaziy)
Bersama kita amalkan doa yang menjadi amalan Rasulullah saw ini agar ia memberikan kepada kita kekuatan yang luar biasa dalam menempuh ujianNya yang serba mencabar pada masa kini.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
2 comments:
Salam ustaz,
tulisan jawi tu warna kuning, silau saya membacanya, lau boleh ustaz tukar 'kaler' hijau ke...sedap mata memandang...
p/s: pemilihan warna itu adapun cadangan saya sahaja
salam wan,
ustaz lupa nak tukar sebab dulu background warna gelap sbb tu kuning.
sekarang dah tukar. alhamdulillah.
terima kasih banyak2 kpd wan krerana tolong maklumkan
Catat Ulasan